Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jun 21, 2012

Ibu bapa yang cemerlang



Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu memenuhi keempat-empat keperluan anak. Keempat-empat keperluan itu ialah:

1. Memenuhi Keperluan Fizikal dan Material
Ibu bapa perlu berusaha untuk memenuhi kehendak fizikal dan material anak-anak, seperti memberi makan dan minum, membeli pakaian, membina tempat tinggal yang selesa, menjaga kesihatan mereka dan juga menyediakan kemudahan pengangkutan. 

2. Memenuhi Keperluan Akal atau Pemikiran
Setelah memenuhi keperluan fizikal dan material, ibu bapa mesti mampu memenuhikeperluan akal (ilmu) anak-anak. Mereka mesti berupaya memberi ilmu agama (fardhu ain) dan ilmu akademik (fardhu kifayah) kepada anak-anak. Ibu bapa mesti menyediakan buku-buku dan bahan bacaan serta lain-lain kelengkapan belajar untuk anak-anak. Ini adalah untuk meningkatkan tahap IQ mereka.

3. Memenuhi Keperluan Emosi
Setelah mengisi keperluan fizikal, material dan ilmu, ibu bapa seharusnya mampu mengisikeperluan emosi anak-anak. Perasaan anak-anak perlu dibelai, dihargai dan didengari. Ahli psikologi berpendapat, anak-anak yang tidak dibelai, dihargai dan didengari akan membesar dalam emosi yang tertekan. Untuk itu, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik. Anak-anak perlukan perhatian, simpati dan empati yang seharusnya dipenuhi oleh ibu bapa. Jika tidak, mereka akan membesar sebagai individu yang pincang dan rendah tahap kecerdasan emosi (EQ).

4. Memenuhi Keperluan Jiwa

Ibu bapa mesti memenuhi keperluan jiwa anak-anak yang dikatakan juga sebagai keperluan SQ (kecerdasan spiritual). Anak-anak perlu dididik dengan soal-soal keimanan, yakni kepercayaan yang mantap kepada Allah, hari akhirat, syurga dan neraka serta soal-soal ghaibiyat yang lain. Untuk itu, ibu bapa perlu menjadi teladan - the living role model - yang boleh dicontohi pada sikap dan perlakuannya oleh anak-anak pada setiap masa. Tutur kata, perbuatan dan tindakan ibu bapa sehari-hari amat berkesan untuk mendidik anak-anak dalam soal keimanan dan akhlak. Mata lebih dipecayai daripada telinga - maksudnya sikap dan tindakan itu lebih berkesan untuk mendidik berbanding cakap. 

****Artikel di atas dipetik daripada buku ini: 




Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Join 139 Other Subscribers

Recent Posts

Popular Posts

Parenting Books

 photo belajarsantai150.jpg photo bijakberfikir150.jpg photo anaknakal150.jpg photo carabijak150.jpg

Blogviews


Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com