Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jun 21, 2012

Menjalin hubungan yang baik dengan anak


Kanak-kanak, sama juga seperti orang dewasa, ingin diri mereka diterima oleh keluarga dan persekitaran. Sekiranya keinginan ini tidak diperolehi dengan cara yang positif, mereka akan menagihnya dengan cara yang negatif (buat perangai). Bagi membantu anak-anak untuk merasa diri mereka diterima, ibubapa harus fokus kepada menjalinkan hubungan yang baik dengan anak-anak. Di bawah ini ialah  4 cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan anak-anak:-


Menunjukkan rasa hormat kepada anak-anak.
Seringkali kita terdengar rungutan dari ibubapa bahawa anak-anak tidak menghormati mereka. Anak-anak belajar sesuatu dengan memerhati tingkah laku ibubapa. Tidak boleh salahkan anak-anak sahaja apabila mereka tidak menunjukkan tingkah laku hormat kepada ibubapa dan orang yang lebih tua. Kaji dan selidik diri kita sendiri. Kadang-kadang tanpa disedari,  kita menunjukkan contoh 'tidak hormat' itu. Bagaimana? Ibubapa selalu berleter, menjerit-jerit memarahi anak, memukul, mencubit,  memperkecilkan kebolehan dan personaliti anak-anak, mengamalkan sikap pilih kasih dan sebagainya.

Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan demokrasi, tidak ada ahli yang kurang atau lebih penting. Ibubapa menunjukkan rasa hormat apabila mereka melayani semua ahli dalam keluarga secara sama rata. Mungkin akan timbul dua soalan:

1. tidakkah ini bermakna bahawa taraf anak-anak sama dengan taraf ibubapa? 
Sudah tentu tidak! Ibubapa mempunyai lebih banyak pengetahuan dan pengalaman kerana mereka terlebih dahulu makan garam. Disebabkan itu, ibubapa mempunyai tanggungjawab yang lebih  besar. Namun ibubapa dan anak-anak ialah manusia dan setiap individu layak dihormati tidak kira usia atau jantina. 

2. tidakkah ini bermakna, anak-anak boleh mengarah ibubapa atau ibubapa akan hilang kuasa? Tidak! Ibubapa perlu menjadi orang yang "in charge" dalam keluarga. Menjadi tugas dan tanggung jawab ibubapa untuk mendidik anak-anak tapi didiklah anak-anak secara sopan dan hormat.


Bermain dan bermesra dengan anak-anak.
Bermain dan bermesra dengan anak-anak merupakan kunci kepada hubungan yang baik. Perlukah kita melancong setiap hari atau pergi ke taman permainan setiap hari? Tidak perlu. Kita boleh mulakan kemesraan kita seawal anak-anak bangun dari tidur.  Ukirkan senyuman dan ucapkan salam atau selamat pagi dengan nada yang mesra dan ceria. Ada ibubapa yang bagi alasan "tiada masa" untuk bermain dan bermesra dengan anak-anak. Sebenarnya kita tidak perlu specific time untuk bermesra dengan anak-anak. Gunakan waktu dan kesempatan yang ada. Be creative. Mungkin dalam perjalanan pulang dari taman asuhan, dalam kereta umpamanya, ibubapa boleh bermain word games dengan anak-anak, bercerita kisah-kisah lucu dan sebagainya. Jangan jadikan suasana di dalam kereta itu terlalu serius dan tegang. Anak-anak yang menerima layanan yang ceria dan mesra dari ibubapa akan kurang bergaduh sesama sendiri.


Memberi semangat dan motivasi.
Ibubapa perlu menunjukkan rasa confident terhadap anak-anak supaya anak-anak akan rasa berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri. Untuk merasakan diri mereka disayangi dan berkemampuan, anak-anak perlukan kata-kata semangat (encouragement) daripada ibubapa. Untuk memberi ruang kepada mereka supaya bekerjasama, anak-anak perlu merasa diri mereka berkebolehan dan berkemampuan. Setiap anak adalah unik. Setiap mereka mempunyai keistimewaan dan kualiti yang tersendiri. Ibubapa perlu perihatin terhadap keistimewaan tersebut dan nyatakan dengan jelas kepada anak-anak. Memberi semangat dan motivasi, fokus kepada kekuatan anak-anak bukan kepada kelemahan mereka, fokus kepada usaha bukan kepada hasil. Galakkan juga anak-anak kita supaya membantu orang lain yang perlukan bantuan. Anak-anak akan terasa mudah untuk menyayangi orang lain sekiranya mereka terlebih dahulu menyayangi diri mereka sendiri.


Menunjukkan kasih sayang.
Kasih sayang daripada ibubapa diperlukan supaya anak-anak rasa "secure". Bagaimana caranya untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada anak-anak? Melalui perkataan dan perbuatan.
ucapkan.."ibu sayang kamu…"
berikan pelukan dan belaian
bercakap dan melayan anak dengan sopan dan rasa hormat.
memberi ruang kepada anak-anak untuk membesar bersama tanggung jawab dan berdikari.



Print Friendly and PDF


Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Join 139 Other Subscribers

Recent Posts

Popular Posts

Blogviews


Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com