Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Recommended Books

Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak

Rasulullah saw pernah bersabda, "Setiap anak yang baharu dilahirkan adalah suci. Ibu bapalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Majusi atau Nasrani". Hadis ini menegaskan bahawa setiap anak yang dilahirkan itu ibadat kertas putih yang mempunyai satu warna dan bersifat bersih. Ia tidak mempunyai dosa, kesalahan dan keburukan. Namun cara didikan ibu bapa boleh menyebabkan karakter anak menjadi pelbagai warna seperti beperangai buruk, tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dan tidak mahu berbakti kepada Allah swt. Oleh itu, buku ini disusun secara khusus buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sejak di dalam kandungan lagi sehingga berusia 18 tahun sesuai dengan tuntutan Rasulullah saw. Cara baginda mendidik anak pastinya bersumberkan wahyu dari Allah swt. Apa yang pasti, didikan tersebut amat mudah dan terbukti paling efektif untuk diterapkan dalam mendidik anak-anak di masa kini 

Penulis : Nurkholish Rif’ani
Tahun terbit : Februari, 2013
Tebal buku : 156 halaman
Harga : RM 13.90

--------------------------------------


Anak Nakal: Kaedah Mengatasinya

GEJALA anak nakal nampaknya semakin berleluasa di dalam zaman moden ini. Ramai yang mengatakan, " Budak sekarang nakal-nakal, tidak seperti budak dahulu. " Ibu bapa menjadi pening kepala bagaimana untuk mengawal anak mereka yang nakal. Maka, masing-masing pun mengambil langkah-langkah yang difikirkan betul. Malangnya, ada yang tersilap langkah dan mendatangkan kesan yang lebih buruk ke atas anak.

ANAK nakal perlu dididik mengikut kaedah yang tepat dan bukan setakat mencuba-cuba teori baru. Sebenarnya asas pendidikan yang tepat telah pun ditunjukkan di dalam ajaran Islam. Berdasarkan asas-asas pendidikan Islam inilah, ibu bapa harus kreatif mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menangani jenis kenakalan anak mereka.

INILAH yang cuba dihuraikan di dalam buku yang pasti menjadi teman baik setiap ibu bapa yang mempunyai masalah anak nakal

Penulis : Maisarah Taufik
Tahun Terbit : 2002
Tebal buku: 255 halaman
Harga: RM14.90


-------------------------------

Melatih AnakBerfikir
Melatih Anak Berfikir ditulis bertujuan memberikan panduan praktikal dan mudah kepada sesiapa sahaja, baik untuk diri anda sendiri mahupun kepada anak-anak anda. Bagi ibu bapa yang mahu melatih anak menjadi genius, dapatkan buku ini segera! Genius senang diraih asalkan kita tahu caranya. Temukan kegeniusan anak anda! Buku ini mendedahkan:
Sistem Peta Minda
Sistem Mengingat
Sistem Bertanya dengan Efektif
Sistem Mencatat
Sistem Mengulang Kaji
Sistem Membaca Fokus Tinggi

Buku bacaan wajib kepada ibu bapa yang mahu membantu anak mereka belajar lebih baik dan berkesan. Menjadikan mimpi ngeri mengulang kaji sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Kata Pengantar
Apa Keistimewaan Buku ini?
Cara Membaca Buku ini
Bab 1: Pengurusan Minda
Bab 2: Kualiti Belajar
Bab 3: Apa yang Salah Selama ini?
Bab 4: Gaya Belajar Anak yang Dominan
Bab 5: Persiapan Belajar
Bab 6: Prinsip Sederhana dalam Proses Belajar
Bab 7: Sistem Peta Minda
Bab 8: Hukum Memori
Bab 9: Sistem Bahasa Otak Kanan
Bab 10: Sistem Mengingat
Bab 11: Aplikasi Mengingat
Bab 12: Sistem Mendengar Dengan Efektif
Bab 13: Sistem Bertanya Dengan Efektif
Bab 14: Sistem Mencatat
Bab 15: Sistem Mengulang Kaji
Bab 16: Sistem Persiapan Ujian/Peperiksaan
Bab 17: Sistem Membaca Fokus Tinggi
Bab 18: Gunakan Minda Sebaiknya

Penulis: Tonny Windura
Tahun Terbit: 2 April 2011
Tebal Buku: 196 halaman
Harga: RM20


------------------------------

Belajar Santai..Impak Maksima!

Anda bosan mengulang kaji pelajaran? Inginkan teknik belajar baru yang seronok dan santai? Buku inilah penyelesaiannya! Anda dapat belajar secara relaks dan santai namun mampu mencapai kejayaan maksima lagi membanggakan!


ISI KANDUNGAN
Susahnya Hendak Belajar... Mengapa, Ya?
Asas-Asas Meningkatkan Daya Ingatan
Imaginasi Nota Peta Minda
Gila-Gila Artistik
Teknik Belajar
Asas Pemakanan
Nama Baru
Perkongsian Pintar
Pelajar Cemerlang
Penutup dan Catatan Penulis
Glosari
Bibliografi
Indeks
Nota

Penulis: Esa Abd. Samad
Tahun Terbit: 31 Dis 2008
Tebal Buku: 160 halaman
Harga: RM14.90


Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com