Keluarga Bahagia, Negara Makmur
Showing posts with label Moral. Show all posts
Showing posts with label Moral. Show all posts

Jan 20, 2014

Pengorbanan seorang ibu

Gambar Hiasan
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. 

Pengurus:  "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" 
Gadis:  ”Tidak." 
Pengurus:  "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" 
Gadis:  ”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya." 
Pengurus:  "Ibu awak bekerja di mana?" 
Gadis:  ”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah." 

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat. Pengurus berasa hairan lalu bertanya. 

Pengurus:  ”Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?" 
Gadis:  "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya." 

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya. Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya. 

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya. Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya. Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal. 

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat. Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya.

Pengurus:  "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?" 
Gadis:  "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal." 
Pengurus:  "Apa yang anda rasa?" 
Gadis:  "PERTAMA, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. KEDUA, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja, saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. KETIGA, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan." 
Pengurus:  ”Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini." 

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat. 

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak. Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh merekaenulis buku dan dapat menghasilkan buku untuk dibaca oleh orang ramai. 

=========================
Sumber:  facebook.com

Print Friendly and PDF


Share:

Dec 21, 2013

Belajar dari puteraku..


Gambar Hiasan

Puteraku, Agus, adalah teman berbagiku dari sejak tiga puluh tahun yang lalu ketika suamiku meninggalkanku. Berbagi tugas menjaga dan membesarkan tiga adik-adiknya, berbagi tugas mencari tambahan uang untuk kebutuhan rumah tangga, dan sebagainya.

Masih jelas di benakku, dari usia mudanya, saat itu sekitar 8 tahun, setiap aku pulang dari menjahit, kudapati Agus tertidur lelap di samping adik-adiknya. Agus akan selalu bangun jika aku sudah di rumah, tidak pernah ia mengabaikanku. Jika ia belum tidur pastilah ia masih mengayun si bungsu sambil bersenandung. Wajahnya selalu terlihat kelelahan, namun setiap kali ia bertemu denganku ia selalu tersenyum,”Bu, sudah pulang?” Tanyanya. Sehabis menyapaku dan memberikanku segelas teh hangat, kami berdua duduk bersama membicarakan apa yang terjadi di hari itu atau permasalahan apa yang harus kami selesaikan bersama. Terkadang ia memijit pundakku jika ia menangkap kelelahanku.

“Ibu, aku akan menikah dengan Mirna. Aku mohon doa restu ibu.” Kata Agus suatu hari. Suatu keegoanku muncul meluap-luap. Mulailah aku meratapi nasibku, mengapa semua orang yang hidup denganku harus pergi meninggalkanku? Bapakku meninggalkanku. Suamiku meninggalkanku. Sekarang anak kesayanganku juga akan meninggalkanku? Manakah keadilan hidup ini? Aku menangis tersedu-sedu.

“Ibu menangis? Apakah ibu tidak setuju aku menikah?” Tanya Agus panik sambil memegang tanganku. Seketika itu juga aku terkejut, ya Tuhan, betapa jahatnya aku sebagai ibu yang tidak rela melihat anakku bahagia dengan hidupnya sendiri. Betapa tololnya aku berpikir bahwa ia akan meninggalkan aku. Bukankah kelak hidupku akan semakin ramai? Dengan menantu baru dan cucu-cucu yang akan hadir di keluarga mereka. Bukankah hidup ini akan menjadi lebih semarak lagi? Mengapa aku begitu naif hendak melarangnya. Segera kuseka airmataku. Aku pernah merampas kebahagiaan Agus, masa kecil dimana ia seharusnya lebih banyak bermain dengan teman-temannya harus digantikan dengan waktu untuk menjaga ketiga adik-adiknya. Puteraku Agus layak mendapatkan kebahagiaan, dia tidak perlu dibebani dengan kecengenganku.

“Kau anak yang baik, Gus. Kau pantas menjalani hidupmu sendiri dengan bahagia.” Kataku sambil memastikan bahwa kalimat itu terdengar benar-benar tulus agar tidak meresahkan Agus.

Itu ijin yang kuberikan padanya sepuluh tahun yang lalu. Kini, aku tinggal bersamanya dengan kehadiran 2 orang cucu dan seorang menantu yang baik. Puteraku Agus seorang pria yang sangat bertanggung jawab, ia bersekolah baik, adik-adiknya bersekolah baik dan kini ia pun mempunyai kehidupan keluarga yang baik. Semua yang ada di dalam penjagaan Agus menjadi baik karena ia menjaga kami semua dengan tulus dan bertanggung jawab. Dari puteraku aku belajar bahwa jika seseorang mau menjalani hidupnya dengan sungguh-sungguh dan penuh tanggung jawab, maka akan baik pula hasilnya tak peduli betapapun sulitnya keadaan. Hal itu justru kudapatkan dari puteraku, bukan dari ayahku apa lagi dari suamiku.

============================
Yacinta Senduk SE, SH, MBA, LLM
Principal of Yemayo Advance Education Center - Kursus Kecerdasan Pribadi Pertama di Indonesia untuk usia 2 s.d 19 tahun

Dikongsi daripada Ato Yemayo Aec (Facebook)

Share:

Nov 24, 2013

Bila Tertutupnya Hati, Tertutuplah Semangat #3





Dia hanya mempunyai sedikit minat untuk belajar dan bersekolah. Dia tidak dapat mencari apa-apa alasan lagi. Wiranya (iaitu ayahnya) telah bertukar menjadi raksasa. Itulah yang ada dalam fikirannya. Dia merasakan dirinya sudah tidak penting dan dia tidak lagi sayang akan dirinya. Jadi apakah gunanya hidup ini?


Saya bertanya kepadanya, apakah yang mendorongnya untuk berubah. Katanya, dia tidak sampai hati lagi melihat ibunya terus bimbang melihat keadaan dirinya. Pada pendapatnya, ibunya tidak bersalah langsung dan tidak patut menanggung kesakitan melihat anaknya ini menghancurkan kehidupannya sendiri. Oleh yang demikian, dia berusaha untuk keluar daripada dunia gelapnya. Kini, dia melakukan yang terbaik untuk memperbaiki hubungan dengan bapanya. Bapanya juga telah berubah. Dia memberitahu saya, kini dia faham dengan lebih baik akan tujuan kewujudannya dalam keluarga dan dia akan terus memperbaiki dirinya. Dia juga ada memberitahu saya, “Pada saat dia mula membenarkan hatinya merasa kembali, semua perasaan datang kembali secara serentak; gembira, sedih, marah, seronok dan macam-macam lagi berbaur dan menjadi kucar-kacir di dalam hatinya.” Dia hampir sesak nafas disebabkan ledakan pelbagai emosi yang tercetus pada waktu yang sama.


Mengapakah saya menceritakan cerita sedih ini kepada anda? Tujuan saya adalah untuk berkongsi dengan anda suatu contoh yang baik bagaimana hati seseorang boleh tertutup. Apabila hati sudah tertutup, semangatnya juga menjadi lesu. Gary Smalley di dalam bukunya, ‘The Key to Your Child’s Heart’ telah menamakan keadaan ini sebagai ‘semangat yang tertutup’ (closed spirit)


Lihatlah di sekeliling kita, ramai remaja dan muda-mudi menderita kerana mengalami derita jiwa ini. Mereka merayau-rayau seperti mayat hidup. Mereka melakukan perkara yang buruk dan tidak baik kerana hati dan perasaan mereka tidak bernyawa lagi dan semangat mereka hampir mati. Lihatlah mereka dengan belas kasihan. Sekiranya anda tidak dapat menolong mereka, do’akan agar mereka mendapat pertolongan kerana anak-anak ini sedang menderita lantaran pintu hati mereka telah tertutup dan semangat mereka telah terpadam.

Tamat.

============================
Cerita ini dipetik daripada kisah benar yang diceritakan oleh Ibu Rose @ Prof Rozieta Shaary dalam bukunya yang berjodol MEMBINA ANAK-ANAK CEMERLANG. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Terimakasih saya ucapkan kepada Ibu Rose kerana telah mengizinkan saya menyalin semula kisah ini untuk dimasukkan ke blog Ibubapa Cemerlang. 


Prof Rozieta Shaary ialah seorang pakar Pembangunan Modal Insan yang berpengalaman luas dalam bidang ini, terutamanya dalam membina personaliti perkasa dalam diri individu. Beliau bukan sahaja seorang jurulatih dan penulis yang dinamik dan berdaya tinggi, tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas dalam bidang ini. Oleh itu, beliau sering muncul dalam ruangan temu bual sama ada di media cetak mahupun media elektronik seperti akhbar, majalah, RTM1, RTM2, TV3, TV9 dan ASTRO. Pendekatan unik serta mesej yang dikongsikan oleh beliau sentiasa meninggalkan impak yang besar. Beliau berpegang teguh kepada perinsip ‘Kasih Sayang ialah Tenaga Yang Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau membawa ke tengan mesej penting ini; “Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini”. Prof Rozieta juga banyak berkongsi ilmu dan idea menerusi laman FACEBOOK beliau https://www.facebook.com/familyguru


Share:

Nov 22, 2013

Bila Tertutupnya Hati, Tertutuplah Semangat #2



Bila Tertutupnya Hati, Tertutuplah Semangat #1


Dia menggagahkan diri mengangkat peralatan letrik yang paling ringan yang dapat dicapainya sebagai pengisi masa sebelum ibunya datang sebagai penyelamat. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja beliau mengangkat barang-barang itu ke dalam van, bapanya terus berleter dan melontarkan kata-kata cacian, pedih, kasar dan menghancurkan hatinya. Dia tidak dapat mengawal ledakan emosinya lalu longlai dan hampir terjatuh ke atas simen yang masih sejuk. Dia berteriak memanggil ibunya dengan sekuat hati untuk mengharapkan pembelaan. Ibunya menerkam ke arahnya dengan sepantas kilat dan berjaya menyambutnya sebelum dia tersembam ke lantai. Betapa hiba hati ibunya kerana ayahnya tidak mahu melihat begitu bertanggungjawabnya anak mereka ini kerana dalam keadaan runcing begitu pun, dia masih memegang erat set perakam video di tangannya kerana takut alat tersebut akan rosak, sedangkan dirinya sendiri sudah jatuh terkulai.


Dia masih ingat betapa ibunya terus menyerang bapanya dengan kata-kata umpama seekor ibu singa yang marah demi melindungi anak-anaknya, membuatkan bapanya diam terpaku. Lalu ibunya menarik dirinya ke dalam rumah lalu memandangnya dengan perasaan penuh kasih sayang. Ibunya memeluknya lalu berkata, “Ibu tahu, kamu dalam ‘kesakitan’ yang teramat sangat. Ibu tahu dalam hati kamu, kamu rasa tidak disayangi. Namun, sekiranya kamu melakukan sesuatu yang buruk terhadap diri kamu, ingatlah, ibu sayangkan kamu. Ibu perlukan kamu di dalam hidup ibu. Ingatlah, genggam kasih sayang ibu kepada kamu. Sekiranya kamu tidak dapat menyayangi ibu, tak apa, tetapi peganglah kasih sayang ibu untuk kamu ini dengan erat.”


Dengan linangan air mata dia menceritakan kepada saya, pada hari itu dia hampir-hampir mengakhiri hidupnya, tetapi kata-kata ibunya yang meminta dia mendakap erat kasih ibunya itu terus terngiang-ngiang di telinganya dan itulah satu-satunya yang menongkat semangat dirinya selama bertahun-tahun. Sejak insiden itu, dia tidak lagi merasai kasih walaupun kepada dirinya sendiri. Pada masa yang sama, kepercayaannya yang kuat terhadap agama Islam berjaya menyekatnya daripada mengambil nyawanya sendiri. Namun begitu, tahun demi tahun dia menjadi lebih parah dan menjadi seperti mayat hidup (zombie). Dia masih ingat bagaimana dia menutup hatinya daripada merasai apa-apa supaya dia tidak lagi perlu berasa sakit yang tidak tertanggung oleh dirinya; bermula ketika runtuhnya hubungan baik dengan bapanya sendiri. Dengan menutup hatinya sebegitu merupakan satu-satunya cara dia boleh meneruskan kehidupan, walaupun dengan hanya menjadi mayat hidup.


Semenjak itu, dia tidak merasa apa-apa perasaan di hatinya. Dia tidak dapat merasakan keseronokan maupun kesedihan, kegembiraan maupun kesakitan, marah atau apa-apa sahaja perasaan. Hati dan perasaannya seolah-olah berhenti berfungsi. Dia dapati tingkah lakunya terhadap orang lain menjadi bertambah teruk dan perkara yang melukakan hatinya ialah dia sangat sayang akan adik perempuannya, tetapi di luar kemahuannya dia sering menyakiti hati adiknya. Kadangkala dia bertengkar dan bersikap buruk terhadap adiknya itu. Dia merasakan seolah-olah  ada sesuatu yang menyokong dirinya untuk menyakiti orang lain. Hal inilah yang membuatkan dia lebih mengutuk dirinya sendiri


Bersambung…


============================
Cerita ini dipetik daripada kisah benar yang diceritakan oleh Ibu Rose @ Prof Rozieta Shaary dalam bukunya yang berjodol MEMBINA ANAK-ANAK CEMERLANG. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Terimakasih saya ucapkan kepada Ibu Rose kerana telah mengizinkan saya menyalin semula kisah ini untuk dimasukkan ke blog Ibubapa Cemerlang. 



Prof Rozieta Shaary ialah seorang pakar Pembangunan Modal Insan yang berpengalaman luas dalam bidang ini, terutamanya dalam membina personaliti perkasa dalam diri individu. Beliau bukan sahaja seorang jurulatih dan penulis yang dinamik dan berdaya tinggi, tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas dalam bidang ini. Oleh itu, beliau sering muncul dalam ruangan temu bual sama ada di media cetak mahupun media elektronik seperti akhbar, majalah, RTM1, RTM2, TV3, TV9 dan ASTRO. Pendekatan unik serta mesej yang dikongsikan oleh beliau sentiasa meninggalkan impak yang besar. Beliau berpegang teguh kepada perinsip ‘Kasih Sayang ialah Tenaga Yang Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau membawa ke tengan mesej penting ini; “Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini”. Prof Rozieta juga banyak berkongsi ilmu dan idea menerusi laman FACEBOOK beliau https://www.facebook.com/familyguru


Share:

Nov 21, 2013

Bila Tertutupnya Hati, Tertutuplah Semangat #1

https://www.facebook.com/familyguru

Pada suatu hari, seorang remaja berjumpa dengan saya untuk sesi kaunseling. Rutin biasanya ialah datang setiap bulan, tetapi pada pagi ini dia datang untuk berkongsi sesuatu yang tersimpan di hatinya yang dirahsiakan bertahun-tahun. Saya telah mengenali remaja ini sejak dia kecil lagi dan dia ialah seorang yang bijak, kreatif, bersemangat tinggi dan penyayang. Pada ketika saya memberikan kaunseling kepadanya, dia kelihatan seperti orang lain, tidak seperti budak yang saya kenali dulu. Kelihatan ada sesuatu yang telah mati dalam dirinya. Tiada lagi sinaran di matanya.


Dia memberitahu saya bahawa beberapa tahun kebelakangan ini keluarganya melalui waktu=waktu yang sangat getir. Bapanya menjadi mangsa keadaan dalam dua situasi, satu daripadanya ialah politik di pejabat yang akhirnya menyingkirkannya daripada jawatan tinggi dan tempat kerja. Keduanya, wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya yang telah menggoncang keharmonian sehingga hampir runtuh. Pada ketika itu, sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dia mesti menjaga keluarga bersama-sama ibunya yang sentiasa tabah melakukan yang terbaik untuk memastikan keluarganya terus bersama. Bapanya kini menjadi seorang yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini, selalu marah dan mencari kesilapannya.


Pada mulanya, dia berasa cukup cekal untuk menerima semua hukuman yang tidak sepatutnya itu, kemarahan dan teriakan daripada bapanya kerana dia tahu bapanya kini di bawah pengaruh ilmu hitam. Pada suatu hari, dengan rasa marah, ayahnya memanggilnya anak tidak berguna. Ini membuatkan dirinya  berasa sungguh dibenci dan tidak disayangi oleh orang yang amat dikagumi dan dihormati selama ini.


Suatu pagi yang telah memang ditakdirkan Tuhan, terjadinya suatu insiden. Pada ketika itu, dia berasa sungguh letih kerana tidak cukup tidur kerana menolong ibu bapanya mengemas barang-barang untuk berpindah sehingga lewat malam. Dia duduk sambil cuba untuk menjamah sedkit makanan kerana dia berasa sungguh letih. Bapanya turun dari tingkat atas dan terus memarahinya tanpa usul periksa kerana dia belum mengisi barang-barang ke dalam van. Dia ingin memberitahu bahawa dia seolah-olah kehabisan tenaga dan terlalu penat dan dia memerlukan sedikit sahaja masa untuk mendapatkan tenaganya semula, tetapi dia gagal bersuara kerana bapanya terus mengeluarkan kata-kata yang lebih kasar dan melukakan hati.


Bersambung....


============================
Cerita ini dipetik daripada kisah benar yang diceritakan oleh Ibu Rose @ Prof Rozieta Shaary dalam bukunya yang berjodol MEMBINA ANAK-ANAK CEMERLANG. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Terimakasih saya ucapkan kepada Ibu Rose kerana telah mengizinkan saya menyalin semula kisah ini untuk dimasukkan ke blog Ibubapa Cemerlang. 


Prof Rozieta Shaary ialah seorang pakar Pembangunan Modal Insan yang berpengalaman luas dalam bidang ini, terutamanya dalam membina personaliti perkasa dalam diri individu. Beliau bukan sahaja seorang jurulatih dan penulis yang dinamik dan berdaya tinggi, tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas dalam bidang ini. Oleh itu, beliau sering muncul dalam ruangan temu bual sama ada di media cetak mahupun media elektronik seperti akhbar, majalah, RTM1, RTM2, TV3, TV9 dan ASTRO. Pendekatan unik serta mesej yang dikongsikan oleh beliau sentiasa meninggalkan impak yang besar. Beliau berpegang teguh kepada perinsip ‘Kasih Sayang ialah Tenaga Yang Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau membawa ke tengan mesej penting ini; “Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini”. Prof Rozieta juga banyak berkongsi ilmu dan idea menerusi laman FACEBOOK beliau https://www.facebook.com/familyguru



Share:

Nov 5, 2013

Guru besar yang bijak

Gambar hiasan

Kejadian berlaku di satu kelas di sebuah sekolah menengah. Guru yang bertugas mengajar di kelas tersebut tidak dapat hadir disebabkan sakit. Kelas tersebut menjadi bising dan tidak terkawal. Terjadi satu pergaduhan di antara dua orang murid lelaki di kelas tersebut. Murid-murid lain menjadi penonton sambil memberi tepuk sorak. Tiba-tiba seorang guru muncul di muka pintu kelas. Semua murid yang tadinya bising spontan menjadi kaku. Guru tersebut meleraikan pergaduhan sambil mencatitkan nama dua orang murid yang bergaduh, kemudian berlalu pergi. Keadaan kelas menjadi tenang. Tidak lama kemudian, muncul guru besar di muka pintu kelas.

“Radzi, nanti lepas sekolah sebelum balik, datang ke bilik saya”

Semua murid terdiam dan memandang ke arah Radzi sedangkan Radzi menjadi gementar dan wajahnya pucat lesi.

“Baik cikgu” kata Radzi dengan suara yang menggeletar.

“Habis la aku kena rotan dengan cikgu besar sebab pergaduhan tadi” hati kecil Radzi berkata-kata.

Selepas habis sekolah, seperti yang dijanjikan, Radzi pergi ke bilik guru besar. Dia mengetuk pintu bilik itu perlahan-lahan. Jantungnya berdegup kencang dan peluh dingin memercik di dahinya.

“Masuk” terdengar suara guru besar dari dalam.

Radzi pun masuk. Dengan takut-takut, dia berdiri di hadapan meja yang bertentangan dengan guru besar tersebut. Dia menundukkan kepalanya. Inilah kali pertama dia masuk ke bilik itu.

“Duduklah Radzi. Kamu sudah tentu boleh meneka kenapa cikgu memanggil kamu ke sini kan? Tentu ia berkaitan dengan pergaduhan kamu tadi” kata guru besar sambil memandang wajah Radzi. Radzi hanya menganggukkan kepalanya.

“Kamu telah melanggar peraturan sekolah yang melarang murid-murid bergaduh sesama sendiri di dalam kawasan sekolah apalagi di dalam kelas. Tetapi ada beberapa perkara yang cikgu ingin sampaikan berkaitan dengan kelakuan kamu. Pertama, cikgu berbesar hati kerana kamu datang ke sini pada waktu yang ditetapkan, itu menunjukkan kamu adalah seorang murid yang berdisiplin.” 

Guru besar membuka lacinya dan mengambil sebatang pen lalu meletakkannya di atas meja.

“Kedua, cikgu menghargai kedatangan kamu di saat ini. Itu bererti kamu menghargai cikgu sebagai guru dan sebagai guru besar di sekolah ini. Kamu adalah seorang murid yang berjiwa besar dan bertanggung jawab. Betul begitu kan Radzi?”

Radzi mengangguk kepalanya dalam diam. Guru besar mengambil sebatang pen lagi dari dalam lacinya dan meletakkannya di atas meja.

“Cikgu telah bercakap dan berbincang dengan guru yang meleraikan pergaduhan kamu tadi dan mendengar daripada beberapa orang kawan sekelas kamu. Kamu bergaduh dengan Azmi karena membela seorang murid perempuan yang diejek oleh Azmi. Benar begitu bukan? Cikgu tabik kamu. Itu tandanya kamu adalah seorang yang gentleman, seorang laki-laki sejati. Tapi kamu harus ingat, bergaduh bukanlah pilihan yang bijak untuk menyelesaikan masalah. Kamu harus menjadi lebih bijak dalam membuat tindakan, bukan dengan bergaduh seperti tadi.”

Guru besar tersebut meletakkan sebatang pen lagi di atas meja.

“Terakhir yang ingin cikgu katakan ialah karakter positif yang telah kamu tunjukkan hari ini harus dipertahankan dan dikembangkan di masa depan. Cikgu yakin kamu akan berubah dan akan maju di kemudian hari. Belajarlah sesuatu yang baik daripada apa yang berlaku pada hari ini.” 

Sambil tersenyum,  guru besar menambahkan sebatang pen lagi di atas meja dan menghulurkan pen-pen tersebut ke arah Radzi. 

“Ambillah pen-pen ini sebagai hadiah dan kenang-kenangan dari cikgu. Letakkan di tempat yang senang kamu lihat. Setiap kali kamu terpandang pen-pen ini, kamu akan ingat segala yang cikgu katakan kepada kamu pada hari ini.”

Radzi yang pada awalnya takut dan bimbang akan mendapat hukuman rotan, sebaliknya tidak menyangka sama sekali akan mendapat “penghargaan” daripada guru besar sekolahnya. Dia mengangguk-angguk kepala sambil tersenyum lega. 

“Terima kasih, cikgu. Saya sangat terkejut. Cikgu tidak menghukum saya bahkan memuji dan menghargai saya. Saya berjanji akan berubah dan akan lebih rajin belajar untuk masa depan saya sendiri.”


Renungan :

Betapa pentingnya nilai budi pekerti ditanamkan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Kadang-kadang mereka melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi kalau kita asyik tangani mereka dengan kekerasan dan hukuman tanpa diberi penjelasan dan pengertian yang baik, tentu akan memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan mental dan emosi mereka seperti sakit hati, dendam, benci, tertekan, putus asa dan lain-lain lagi. Namun apabila kita mampu memberikan penjelasan, itu akan mendidik mereka menjadi seorang yang baik budi pekertinya, sekalipun ada hukuman, tetapi nilainya akan berbeza. Harga diri dan kepercayaan diri anak-anak tetap terjaga dan sangat positif untuk pertumbuhan mereka seterusnya.




Share:

Oct 5, 2013

Kisah gajah yang ditambat kaki

gambar hiasan



Ada kisah yang cukup menarik perhatian kami. Kisahnya seekor anak gajah diikat pada batang kayu yg agak besar. Kakinya digari dengan rantai seawal usia gajah tu mungkin tak mampu nak melepaskan diri. Tapi. anak gajah tu masih mencuba. Beberapa kali anak gajah tu gagal. Setelah beberapa tahun berlalu, anak gajah tu sudah menjadi gajah yang besar. Rantai yg menggari kaki gajah tu pun dah semakin ketat menampakkan fizikal gajah itu yang semakin membesar. Tetapi yang menghairankan adalah gajah tu masih tak mampu melepaskan dirinya. Secara logik akal sekali sentap je gajah tu boleh terlepas kerana badannya sudah kuat tidak seperti ketika kecil dahulu. Tapi kenapa gajah tu tak nak mencuba?. Sebabnya ialah gajah tersebut sudah putus harapan dan hilang keyakinan diri nak mencuba dan akhirnya hidup gajah tu selamanya digari dan diikat pada sebatang kayu.


Pengajaran pertama daripada kisah tersebut ialah kegagalan bukan pengakhiran tetapi permulaan kejayaan. Pengajaran kedua sebenarnya dalam diri manusia samalah seperti kisah tersebut. Apabila anak-anak ketika kecil mereka tidak diberikan motivasi dan rangsangan maka ia akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka akan datang. Jadi mulai membina motivasi kepada anak anda untuk berjaya di dunia dan akhirat dan mulailah sekarang !.


"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya. Dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya."- (HR Muslim dari Ibnu Sinan)
---------------------------
Kisah ini telah dikongsikan oleh Mohd Alif Amin Yaakob, seorang rakan di wall Ibubapa Cemerlang. Terimakasih.



Share:
Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com