Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Dec 11, 2016

Apa Yang Berlaku Ketika Kita Marah Dan Mengherdik




Apabila kita mengherdik dan membentak anak, isyarat “TAKUT” dihantar oleh telinga kecilnya ke amygdala otak hanya dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya untuk sekali herdikan. Apabila kita terus-terusan mengherdik dan membentak, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stress. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.


Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan semula hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh "DIBETULKAN" untuk berfungsi semula. Tetapi, apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.


Apa pula yang berlaku kepada kita? Apabila kita marah, mengherdik dan membentak, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati serta mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.


Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan ...

Beristighfar
Tarik nafas panjang dan lepas nafas
Senaman
Senyum/ketawa
Pelukan/belaian
Solat sunat/berdoa
Bertafakkur

Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Seorang ibu telah menceritakan bahawa setiap kali beliau berasa ingin marah, mengherdik dan membentak anak, beliau akan cepat-cepat berdiri di hadapan cermin. Di hadapan cermin itu, beliau menilik wajahnya sendiri. Beliau melihat wajahnya yang buruk dan menakutkan. "inilah sebenar wajah yang dilihat oleh anak. Sungguh menakutkan. Kalau aku sendiri pun takut, anak aku apatah lagi" katanya di dalam hati. Dari situ timbul rasa keinsafan dalam dirinya. Tentu sekali tidak ada ibu yang sanggup apabila memikirkan bahawa anak memandang kita seperti HANTU. Dalam hati tentu akan rasa sedih. 





Share:
Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com