Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jan 20, 2014

Pengorbanan seorang ibu

Gambar Hiasan
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. 

Pengurus:  "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" 
Gadis:  ”Tidak." 
Pengurus:  "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" 
Gadis:  ”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya." 
Pengurus:  "Ibu awak bekerja di mana?" 
Gadis:  ”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah." 

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat. Pengurus berasa hairan lalu bertanya. 

Pengurus:  ”Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?" 
Gadis:  "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya." 

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya. Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya. 

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya. Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya. Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal. 

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat. Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya.

Pengurus:  "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?" 
Gadis:  "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal." 
Pengurus:  "Apa yang anda rasa?" 
Gadis:  "PERTAMA, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. KEDUA, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja, saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. KETIGA, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan." 
Pengurus:  ”Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini." 

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat. 

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak. Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh merekaenulis buku dan dapat menghasilkan buku untuk dibaca oleh orang ramai. 

=========================
Sumber:  facebook.com

Print Friendly and PDF


Share:

Jan 13, 2014

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Menetapkan Peraturan Yang Berkesan: Menerap Disiplin Yang Positif



Jadi, anda mahu anak anda mendengar cakap anda. Anda inginkan mereka untuk mematuhi peraturan di dalam rumah yang anda telah tetapkan dan sentiasa berdisiplin. 

Impian adalah satu perkara, melaksanakannya adalah satu hal lain. Menetapkan peraturan di dalam rumah yang berkesan adalah sesuatu yang lebih sukar. Sering kali kita lihat, ibu bapa menjadi kecewa apabila apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak menjadi. Kita selalu berpesan kepada mereka agar jangan berputus asa,  namun  malangnya kebanyakan masih merasa kecewa. 

Artikel ini bukan untuk mengajar tetapi untuk menjemput ibu bapa untuk meneroka cara yang mungkin berkesan untuk menjadikan anak kita sentiasa mendengar dan mematuhi peraturan di dalam rumah yang kita telah tetapkan.  

 Melaksanakan Dan Mengekalkan Peraturan Di Dalam Rumah

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan jujur dari kita samada kita telah meletakkan sesuatu asas yang kukuh untuk mendisiplinkan anak.   

1. Adakah kita Telah menetapkan peraturan yang jelas dan mudah difahami 
Bolehkah peraturan di dalam rumah berkenaan menerangkan atau mentakrifkan dengan tepat tingkah laku yang dikehendaki. Anda mungkin berbeza pandangan dan mungkin saya boleh menjangkakannya, namun saya berharap dan mengingini.

Apabila adik-beradik bergaduh dan mencampakkan mainan kepada satu sama lain, apakah kita akan mengarahkan mereka untuk berhenti dari bersifat agresif? Anak kita yang lebih tua mungkin akan memahami peraturan yang telah ditetapkan tetapi ia mungkin sesuatu yang tidak jelas kepada anak kita yang lebih muda. Apakah mesej yang kita sebagai ibu bapa cuba untuk sampaikan? Adakah patut untuk anak-anak tidak terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal atau adakah ia bermakna secara mudahnya, mainan bukan diciptakan untuk dicampakkan atau digunakan untuk mencederakan orang lain?  


 2. Bagaimana Konsistennya Kita Dengan Peraturan Di Dalam Rumah 
Adakah kita salah seorang daripada ibu bapa yang dengan mudah mengubah peraturan setiap hari yang berlainan? Peraturan di dalam rumah adalah bertujuan untuk menyediakan satu kerangka asas dan perlu tetap dan tidak sentiasa berubah-ubah. Kita sepatutnya memberikan petunjuk yang jelas yang boleh membuatkan anak kita berasa selamat. Sebahagian dari peraturan boleh diubah di pelbagai peringkat kehidupan anak-anak kita tetapi hal utama di sini adalah konsisten.   


3. Bagaimana Tentang kelakuan kita sendiri 
Adakah kita bertindak balas? Adakah kita bertindak balas terhadap tingkah laku pada tahap yang sama dalam keadaan dan masa yang berlainan? Saya pernah melihat ibu bapa yang memberi ganjaran kepada satu tingkah laku pada satu hari tertentu, sebaliknya menghukum pada hari yang lain dan mengabaikannya pada masa-masa yang lain. Ibu bapa seperti ini sebenarnya menyampaikan mesej bahawa mereka sebenarnya kurang serius. 

Memberi pengecualian adalah tidak mengapa tetapi untuk tidak konsisten adalah satu yang tidak boleh diterima.


4. Adakah kita seorang yang bertimbang rasa 
Adakah peraturan di rumah kita sesuai untuk anak-anak kita? Adakah kita sudah mengambil kira keperluan dan kebolehan kanak-kanak kita? Anak kita memerlukan kita menghargai pandangan yang dikongsi oleh mereka sama seperti yang kita mahukan. Peraturan di dalam rumah yang kurang bertimbang rasa akan sentiasa menjemput sikap suka memberontak dan melanggar peraturan. Seorang anak sangat membenci seorang yang tidak bertimbang rasa seperti yang kita, ibu bapa sering lakukan. 


5. Bagaimana sikap kerjasama kita 
Adakah kita sebagai ibu bapa, bekerjasama antara satu sama lain? Kita dan pasangan kita perlu mempunyai nilai-nilai yang sama. Kita perlu mengaplikasikan peraturan di dalam rumah yang sama dan untuk bertindak balas terhadap tingkah laku dengan cara yang sama. 


Anak kita masih tidak mahu mendengar. Apa yang patut berlaku sekarang? 

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk kita mendengar ibu bapa berkata bahawa mereka telah mengguna pakai semua cara-cara di atas dalam melaksanakan peraturan di dalam rumah dan kanak-kanak itu masih tidak mendengar dan tidak mematuhi peraturan. Jika anda salah seorang dari orang-orang ibu bapa, maka anda perlu bertanya diri sendiri selanjutnya.  

 a) Adakah perhatian yang mencukupi sudah diberikan 
Apabila anak kita sudah mematuhi Peraturan-peraturan di rumah yang ditetapkan, apakah kita memberi kepada mereka perhatian yang diperlukan? Kita sepatutnya memberi pujian dan tidak mengabaikan kelakuan yang dikehendaki itu. Jika kita hanya memberi perhatian kepada mereka ketika mereka melakukan kesalahan maka mereka akan melakukan lebih banyak kesalahan kerana kita sebenarnya memberitahu mereka bahawa kelakuan buruk lebih mendapat perhatian.   


b) Adakah kita saling menghormati 
Adakah kita sudah menyampaikan Peraturan-peraturan di rumah dan had-had sempadannya dengan cara terhormat? Kita tidak sepatutnyamenjerit dan menyumpah sewaktu menyampaikan sesuatu mesej, tidak kira berapa marahnya kita. Bagaimana kita akan bertindak balas jika bos kita sendiri tidak memanggil kita dengan nama kita apabila mereka memberi arahan? Dan tiada langsung hubungan mata ketika melakukannya! 

Belajar untuk menyampaikan sesuatu mesej hanya setelah kita mendapat perhatian mereka dan lakukannya secara terhormat, itu yang lebih berkesan.


c) Adakah kita menyediakan pilihan lain 
Selalunya,dengan hanya memberitahu anak kita untuk tidak melakukan perkara-perkara tertentu tidak mencukupi. Kita perlu juga beritahu dia apa yang dia boleh lakukan. Cuba untuk tidak membuatkan dia berasa dia telah dilucutkan haknya dan dengan itu berasa kecewa. Sebaliknya, beri motivasi, beri penerangan dan beri beberapa pilihan lain.   


d) Menetapkan hukuman yang boleh diterima akal 
Jika hukuman adalah perlu, hukumlah dengan satu yang boleh diterima akal kerana ini akan memberi kesan kepada bentuk tindakbalas anak kita. Ini akan memberi kesan yang besar akibat dari salah laku anak kita. Kita perlu praktikal dan tidak mengelirukan anak kita   

Kata Penutup 

Tingkah laku dan hasil yang positif memerlukan masa dan usaha. Harap dapat bersabar, ikhlas dan amalkan kepimpinan melalui teladan. Beri perhatian kepada hal berkaitan halal dan haram (yang boleh dan dilarang) yang disediakan kepada keluarga anda dan ingatlah untuk membaca doa. 

Dan juga mereka yang berdoa (dengan berkata) : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.   Al Furqan 25 ayat 74.

===============================================
Artikel di atas adalah terjemahan dari artikel asal yang boleh dibaca di sini . Terimakasih diucapkan kepada penulis asal (Ibn Waled) artikel ini kerana memberi kami kebenaran untuk menterjemah hasil tulisan beliau.



Share:

Jan 12, 2014

Petua untuk ibu bapa kekal damai dan bahagia #15

Share:

Jan 7, 2014

Ibu bapa perlu menjadikan Pendidikan Islam satu Keutamaan



Gambar Hiasan


Menyediakan yang Terbaik

Kita bekerja keras menyediakan anak kita untuk kehidupan ini dan merasakan bahawa kita telah menerapkan nilai-nilai Islam yang secukupnya kepada mereka. Fikirkan lah sekali lagi!

Kebanyakan ibu bapa yang saya tahu, termasuk diri saya (pada peringkat awal) mengambil pendekatan dunia sebagai yang pertama, akhirat sebagai kedua. Seorang ibu memberitahu saya yang dia mengambil pendekatan 'pendidikan dari alam rahim sehingga kelahiran'. Yang jelas sekali, ia satu permulaan yang baik akan tetapi semasa anak-anak sedang membesar, pilihan kaedah pengajaran dan bahan mula terpengaruh kepada satu yang berkaitan keduniaan.  Kita boleh menafikan fakta ini, mungkin kita tidak sedar melakukan perkara ini.


Membuat Keputusan

Pengaruh Media hari ini tidak dapat dinafikan. Kita kadang-kadang dikelirukan dengan banyak nasihat yang kita dapat tentang pendidikan. Pada masa-masa tertentu, kita menjadi begitu teruja dengan pendedahan yang dipaparkan tanpa disedari, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang pengiklan mahu kita percaya.

Apabila ini berlaku, kita mula mempercayai bahawa pengetahuan asas Islam sudah mencukupi.  Apabila ini berlaku, islam mengambil tempat kedua bagi kita yang mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kita sekarang percaya bahawa kita perlu berkerja keras untuk menyediakan kepada anak-anak kita dengan persekitaran yang terbaik, motivasi, bahan rujukan, rumah, kereta dan sebagainya.

Kita sering terlupa bahawa anak-anak yang sudah memahami sepenuhnya apa erti mereka  menganut agama Islam akan mahu berjaya dalam semua apa yang dilakukannya. Dia tahu bahawa Allah (swt) adalah yang perancang terbaik. Bahawa di dalam hal itu sendiri adalah satu motivasi yang paling besar bagi anak-anak yang boleh mereka miliki.

Islam bukannya penghalang.

Sesetengah ibu bapa bimbang bahawa pendidikan Islam selepas sekolah akan membebankan dan sesuatu yang sukar  kepada anak-anak. Hakikatnya, Islam tidak boleh menghalang anak-anak kita daripada apa yang baik, sebaliknya boleh meningkatkan perkara-perkara yang mereka lakukan.

Hari ini, kita dapati ramai golongan muda Islam sudah tidak mengejarkan solat (sembahyang), melibatkan diri dalam pergaulan bebas, minum arak dan menjadi gay. Kadang-kadang kita tertanya-tanya jika mereka ini dapat dibezakan dengan orang yang tidak beriman.

Beberapa anak muda yang saya temubual (yang terlibat dengan perkara negatif) , sebenarnya sudah melalui beberapa bentuk pendidikan Islam, jadi mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah benar-benar jelas! Islam dijadikan sebagai keutamaan kedua dan mereka menjadi keliru dengan amalan kebudayaaan. Sesetengah ibu bapa menjadikan jadual yang sibuk sebagai alasan untuk tidak taat kepada Allah.  Sebahagian, dalam usaha mereka untuk membesarkan seorang anak-anak yang mampu berdikari akan memberinya kebebasan kepada anak-anak dan akan mempercayai anak itu secara membuta tuli. Kesan tindakan sebegini ialah kedua-dua ibu bapa dan anak-anak menjadi terpedaya dan hilang arah.

Ia tidak akan Berlaku kepada saya

Ibu bapa sekalian, jangan tinggal di laman pemikiran bodoh yang merasakan bahawa hal ini tidak akan berlaku kepada kita. Jika kita biarkan ia, ia akan berlaku. Jangan sesekali berfikir walaupuan seminit bahawa anak-anak terpelajar kita tidak tertakluk kepada pencabulan. Bimbingan yang konsisten dan pemahaman diperlukan di sini.

Tujuh Perkara yang Boleh kita Lakukan Untuk menjadikan Islam sebagai Satu Keutamaan

Jadikan Islam matlamat Numero uno dalam kehidupan. Kita boleh melakukan ini dengan menjadi proaktif. Apa sahaja dunia moden tawarkan Islam boleh menawarkan yang serupa yang masih tetap dalam sempadan Islam.

1. Mewujudkan satu alternatif lain buat anak kita untuk sibukkan dirinya. Islam tidak semestinya dogmatik dan membosankan. Kita, ibu bapa perlu melengkapkan diri kita dengan Ilmu bagi membolehkan kita menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mematuhi Syariah.

2. Sentiasa menganggap penting apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian anak kita dan akan terlibat secara kuat.  Ingat, mudarris (guru) atau ustaz hanya boleh berbuat sedemikian banyak. Kitalah, ibu bapa yang perlu menetapkan piawaian teras.

3. Konsisten dalam tindakan dan komitmen kepada Deen (agama) kita.  Ini tidak boleh tidak akan menghantar mesej kepada anak-anak kita akan kepentingan Islam dalam kehidupan mereka

4. Memikirkan semula kemudahan yang kita beri kepada mereka. Adakah kita membeli untuk mereka biografi Nabi Muhammad atau kita membeli mereka novel Harry Potter? Simplyislam telah mengujudkan beberapa bahan-bahan yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Adakah kita meminta nasihat dari ahli Terapi Islam atau kita pergi ke tempat terbaik wang kita boleh membeli?

5. Memudahkan, bukan menetapkan agar tidak mengelirukan anak-anak kita dengan norma-norma budaya yang dikatakan berkaitan dengan Islam. Mereka hanya berkhidmat untuk tujuan hipokrit dan tidak munasabah. Islam adalah Islam, tamat.

6. Jangan menjauhkan diri dari bercakap dengan rakan-rakan kita yang lebih berpengalaman dan warak serta benar.

7. Jika Islam bukan keutamaan kita, buatlah ia sebagai satu yang utama, hari ini.  Anak kita sedang melihat.


Kesimpulannya jika niyah kita (niat) adalah untuk berbuat baik, Insya-Allah Taala kita akan mendapat petunjuk. Buatlah Islam sebagai satu keutamaan kita hari ini!


===================================================
Artikel di atas adalah terjemahan dari artikel asal yang boleh dibaca di sini . Terimakasih diucapkan kepada penulis asal (Ibn Waled) artikel ini kerana memberi kami kebenaran untuk menterjemah hasil tulisan beliau.



Share:

Jan 6, 2014

Petua untuk ibu bapa kekal damai dan bahagia #14

Share:

Jan 5, 2014

10 tips untuk menjadi ibu bapa yang lebih aman.




Share:
Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com