Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Oct 31, 2013

Anak menggunakan bahasa yang tidak elok





Share:

Anak kecil enggan makan sendiri





Share:

Petua untuk ibu bapa kekal damai dan bahagia #1




Share:

Oct 30, 2013

Anak yang suka berlengah





Share:

Anak yang menghadapi penyakit TICS





Share:

Oct 29, 2013

Pelajaran anak merosot





Share:

Masalah anak disleksia





Share:

Anak suka melempar barang





Share:

Anak pra sekolah belum mengenal huruf





Share:

Anak tidak suka belajar





Share:

Oct 26, 2013

Menengking anak-anak tidak menyelesaikan masalah....

Share:

Maafkan admins jika ada salah dan silap kami

Share:

Oct 25, 2013

Survey KIBC

Share:

Kuiz KIBC Siri 1

Share:

Oct 24, 2013

Menyusu Badan Semasa Hamil

Share:

Anak Remaja Suka Menipu

Share:

Masalah Pembelajaran Anak

Share:

Anak Lemah Matematik

Share:

Umur Sesuai Untuk Anak Ke Prasekolah/Tadika

Share:

Lemah Bahasa English

Share:

Anak Kurang Bersemangat

Share:

Duit Saku Anak Sekolah

Share:

Anak Suka Gigit Kuku

Share:

Anak Kecil Gagap

Share:

Anak Malas Buat Homework

Share:

Masalah Pembelajaaran Anak

Share:

Anak Enggan Ke Sekolah

Share:

Anak Terlalu Berahsia

Share:

Oct 23, 2013

5 Makanan untuk mengurangkan risiko kanser payudara


Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus. 

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini. 

Buahan dan sayur sayuran 

Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah. 

Ikan & kacang 

Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang . 

Buah beri 

Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah. 

Makanan yang mempunyai vitamin D 

Vitamin D boleh didapati daripada badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi. 

Bijirin


Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

--------------------------------------------------
Ditulis oleh Nurfarrahin Huda Izamir


Share:

Oct 22, 2013

Sikap Anak Terhadap Adik2

Share:

Pengasuh Tidurkan Anak Dalam Buaian

Share:

Soalan Tentang Tadika Sesuai

Share:

Anak Lambat Bercakap

Share:

Masalah DI Tadika

Share:

Jangan paksa anak membaca

Share:

Oct 21, 2013

Anak Gayat

Share:

Masalah Anak DI Tadika

Share:

Soalan Persekolahan Anak

Share:

Masalah Anak Sukar Bangun Tidur

Share:

Bayi Sembelit

Share:

Bersalin Cara Pembedahan

Share:

Anak Cirit Birit Berpanjangan

Share:

Komunikasi aktif, pasif dan agresif

Share:

Oct 20, 2013

Anak Batuk Dan Selsema

Share:

Cuci Najis Bayi Dengan Tisu Basah

Share:

Oct 19, 2013

Anak Penakut

Share:

Ajar Anak Solat Dan Tidur Berasingan

Share:

Anak Remaja Mula Bercinta

Share:

Anak Degil

Share:

Tips/doa Supaya Anak Dengar Cakap

Share:

Tips Pembelajaran Anak

Share:

Oct 18, 2013

Anak Lambat Bercakap

Share:

Masalah Anak Sembelit

Share:

Anak Gemar Hisap Jari

Share:

Anak Enggan Tidur Berasingan

Share:

Memberi Anak Rezeki Tidak Bersih

Share:

Anak Mandi Kerap

Share:

Masalah Tantrum Anak Kecil

Share:

Oct 17, 2013

Anak Nakal/Suka Memberontak

Share:

Ibu Tunggal Mohon Nasihat Untuk Anak Berjaya

Share:

Masalah Solat Anak

Share:

Rahsia Hubungan Baik dengan Anak-anak

Share:

Cium anak waktu tidur





Share:

Anak-anak perlukan perhatian ibubapa

Share:

Oct 16, 2013

Anak Nakal Dan Lasak

Share:

Doa/Amalan Untuk Anak Berbohong

Share:

Masa berkualiti dengan anak-anak

Share:

Oct 14, 2013

Anak Suka Mengamuk

Share:

Do'a seorang ibu

Share:

Oct 13, 2013

Anak-Anak Suka Bergaduh

Share:

Mohon Tips/Doa/Surah Untuk Rajin Belajar

Share:

Masalah Anak Remaja

Share:

Cara Galak Anak Berjaya

Share:

Tinggal Bersama Ibu Bapa Setelah Berkahwin

Share:

Melatih Anak Buang Air Besar

Share:

Personaliti ibu bapa yang cemerlang

Gambar Hiasan
  • Berketrampilan dalam pelbagai bidang Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.
  • Yakin terhadap diri sendiri Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
  • Konsisten dalam melakukan sesuatu Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
  • Pemikiran yang kreatif dan positif Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.
  • Boleh diharap Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.

------------------------------------


Share:

Menangani anak yang terlalu aktif/hiperaktif

Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif seharusnya di didik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.

1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.
2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.
3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya  ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya.
4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.
5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.
7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.
8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diriny atau orang lain.
9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.
10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.
12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.
13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebagainya.
14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.
a) Al Bagarah : 128 Doa agar anak patuh kepada Allah
b) Al Imran : 38 Doa agar diberi anak yang baik.
c) Furqan : 74 Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
d) Ibrahim : 40 Doa agar anak tetap mengerjakan solat

------------------------------------
Credit to: 
Majalah Nur.
SahabatIntraktif Yahoogroups.
Taman2Syurga Yahoogrops


Share:

Disleksia

Gambar Hiasan


Apakah itu disleksia

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.


Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : - 
  • Lambat bertutur 
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima 
  • Sukar menulis nama sendiri 
  • Sukar mengenal bentuk atau warna 
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : 
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira 
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas 
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik seperti 15     dengan 51 - “was” menjadi “saw” - ‘b’ dengan ‘d’‘)
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut 
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ 
  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan 
  • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah



Membantu anak2 bermasalah disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 
  • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 
  • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : 
  • Terapi pertuturan 
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer 
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 
  • Merasa pergerakan bibir 
  • Menulis huruf atau perkataan 

Langkah-langkah pemulihan : 
  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur 
  • Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) 
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar 


Program pemulihan khusus : 
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia.


----------------------------
 Credit to Cikgu Shukri



Share:

Cara tanamkan keberanian pada anak kecil





Share:

Mendidik anak tiri






Share:

Anak lelaki manja






Share:

Tips supaya anak senang makan ubat





Share:

Masalah anak takut






Share:

Masalah anak batuk






Share:

Oct 12, 2013

7 Formula Ibu Bapa Muslim Terbilang



Formula Dr. Danial Zainal Abidin

Setiap sesuatu yang baik bermula daripada perancangan yang baik. Perancangan yang baik memerlukan formula yang mantap dan berkesan. Bagaimana untuk menjadi ibu bapa terbilang? Al-Qur’an sudah menjelaskan secara terperinci sejak lebih 1, 400 tahun yang lalu, melalui garapan kisah Luqmanul Hakim di dalamnya, yang sarat dengan formula-formula unik. Antaranya:

1.   Menguasai Ilmu dan Hikmah
Firman ALLAH SWT: “Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada ALLAH. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada ALLAH), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 12.
Dalam ayat di atas, ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmah. Imam Ibn Katsir mentafsirkan hikmah sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tanpa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta dan petunjuk bintang. Ilmu dan hikmah adalah seiring. Menggunakan ilmu perlu dengan hikmah. Mencurahkan ilmu perlu dengan hikmah. Hikmah adalah penelitian terhadap segala sesuatu secara cermat dan mendalam dengan akal dan penalaran.
Sabda Nabi SAW: “Hikmah adalah harta yang hilang dari perbendaharaan kaum Muslimin, barangsiapa yang menemukannya, maka ia lebih berhak memungutnya.”

2.   Mementingkan Iman dan Taqwa
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam batu yang besar atau di tempat-tempat lain, ALLAH SWT tetap mengetahuinya. Hal ini disebutkan dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa ALLAH SWT sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat baginya.
“(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya ALLAH akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya ALLAH Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 16.

3.   Memelihara Ibadah
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Sekiranya runtuh tiang tersebut, maka runtuhlah agama. Di hari akhirat, amalan yang pertama yang dihisab oleh ALLAH SWT adalah solat. Jika solat seseorang mukmin itu baik, maka baiklah amal-amal lainnya. Tetapi jika solat itu buruk, maka buruklah amal-amal lainnya.

4.   Memelihara Akhlak
Antara akhlak yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlak yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

5.   Bersikap Positif Dalam Ujian
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sabar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan kebaikan dan cegahlah (mereka) daripada kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh ALLAH).” – Al-Qur’anul Karim; Surah Luqman (31) ayat 17.

6.   Membina Kemahiran
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Menurut imam Ahmad dan Baihaqi, Nabi SAW bersabda: “Jika ALLAH menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu.”

7.   Peka dan Berperanan
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran sebagaimana dinyatakan di dalam ayat 17 surah Luqman tadi. Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.


RINGKASAN FORMULA

Dr. Danial Zainal Abidin menggarapkan ringkasan formula dalam menjadi ibu bapa terbilang sebagaimana berikut: “KHATT”
K: Kawan – Dengan siapa anak-anak kita berkawan?
H: Hero/Heroin – Siapakah idola anak kita?
A: Agama – Pupuk nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.
T: Tauladan – Tunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
T: Teknologi – Bagaimana teknologi hari ini perlu dimanfaatkan.

KESIMPULAN
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam mati, maka terputuslah segala amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang mendoakannya.” – Hadis Shahih, Riwayat Muslim dan lain-lainnya.



Share:

Oct 11, 2013

Berkomunikasi dengan anak

Gambar Hiasan



Apabila berkomunikasi dengan anak, perlu dijaga keseimbangan antara:
  1. Bercakap (The way we talk)
  2. Mendengar (The way we listen) 

Kebiasaan ibubapa ketika bercakap dengan anak:-
  1. sentiasa menyalahkan anak (Blaming)
  2. mengadili atau menghukum (Judging)
  3. asyik mencerita kisah dulu-dulu…"ayah dulu…." (Historizing) 
  4. merasa diri paling tahu untuk memberi nasihat (Advising) 
  5. memaksa anak mengikut kehendak ibubapa (Imposing) 

Kebiasaan ibubapa ketika mendengar:- 
  1. mengabaikan, tidak menganggap penting (Ignoring)
  2. berpura pura mendengar (Pretending)
  3. hanya mendengarkan apa yang ingin didengar (Selected listening)
  4. mengabaikan perasaan anak (Invalidating)
  5. lebih fokus kepada apa yang akan dibicarakan (Self centered listening)

Menurut survey yang dibuat oleh Institute For Youth Development, masalah terbesar ibubapa adalah tidak berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dengan anaknya. Kemahiran komunikasisebaiknya diperbaiki sebelum anak berusia 19 tahun.


Kedua ibu dan bapa jangan saling menyalahkan sesama sendiri di hadapan anak ketika anak berbuat salah. Sikap berpihak atau menyebelahi anak samada ayah atau ibu akan menggalakkan anak untuk mencari pembelaan kepada pihak yang menyebelahinya.Ibubapa hendaklah menahan diri dari cepat menyalahkan anak sebaliknya mendengar dengan teliti apa yang akan diperkatakan oleh anak.


Anak lebih suka berterus terang dengan teman sebaya daripada ibubapanya karena teman biasanya lebih memahami dan lebih mendengar keluhannya sehingga dia merasa lebih senang dan selesa. Ibubapa perlu cuba memahami jiwa anak-anak supaya anak-anak tidak segan silu untuk 'open up' segala masalah yang mereka hadapi.


Ibubapa jangan terlampau mudah menyerah (never give up !). Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Jika ternyata masalah itu berpunca dari ibubapa, jangan ada perasaan malu untuk mengaku di hadapan anak-anak. Tiada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan sekalipun kita sebagai ibubapa.


Menghargai dan menghormati anak-anak akan memotivasi anak ke arah yang lebih baik. Bagi ibubapa yang bersikap dominant, hentikan segera sikap bossy, asyik mengarah itu dan ini sebaliknya memberi galakan kepada anak-anak dengan sopan.


Share:

Melatih anak buang air di tandas





Share:

Bersabar dengan kerenah anak-anak






Share:

Anak suka menangis dan merajuk






Share:

Dua beradik bergaduh





Share:

Masalah guru taska






Share:

Anak takut makan ubat





Share:

5 Perkara Yang Anda Rasa Betul, tetapi sebenarnya SALAH



1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.



 2. Anak anda hilang di tempat awam. 

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.



 3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.

Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.



 4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 

Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.



5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish). 

Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

 ------------------------------
Sumber:  Mohd Shubhi Abdul


Share:

Oct 10, 2013

Mengajar anak menggunakan tandas






Share:

Anak tidak mengikut cakap






Share:

Masalah tidur






Share:

Anak degil






Share:

Join 139 Other Subscribers

Recent Posts

Popular Posts

Blog Archive

Blogviews


Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com