Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Oct 11, 2013

5 Perkara Yang Anda Rasa Betul, tetapi sebenarnya SALAH



1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.



 2. Anak anda hilang di tempat awam. 

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.



 3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.

Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.



 4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 

Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.



5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish). 

Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

 ------------------------------
Sumber:  Mohd Shubhi Abdul


Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blog Archive

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com