Gambar Hiasan |
Menyediakan yang Terbaik
Kita bekerja keras menyediakan anak kita untuk kehidupan ini dan
merasakan bahawa kita telah menerapkan nilai-nilai Islam yang secukupnya kepada
mereka. Fikirkan lah sekali lagi!
Kebanyakan ibu bapa yang saya tahu, termasuk diri saya (pada peringkat
awal) mengambil pendekatan dunia sebagai yang pertama, akhirat sebagai kedua.
Seorang ibu memberitahu saya yang dia mengambil pendekatan 'pendidikan dari
alam rahim sehingga kelahiran'. Yang jelas sekali, ia satu permulaan yang baik
akan tetapi semasa anak-anak sedang membesar, pilihan kaedah pengajaran dan
bahan mula terpengaruh kepada satu yang berkaitan keduniaan. Kita boleh menafikan fakta ini, mungkin kita
tidak sedar melakukan perkara ini.
Membuat Keputusan
Pengaruh Media hari ini tidak dapat dinafikan. Kita kadang-kadang
dikelirukan dengan banyak nasihat yang kita dapat tentang pendidikan. Pada
masa-masa tertentu, kita menjadi begitu teruja dengan pendedahan yang
dipaparkan tanpa disedari, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang
pengiklan mahu kita percaya.
Apabila ini berlaku, kita mula mempercayai bahawa pengetahuan asas
Islam sudah mencukupi. Apabila ini
berlaku, islam mengambil tempat kedua bagi kita yang mahu yang terbaik untuk
anak-anak. Kita sekarang percaya bahawa kita perlu berkerja keras untuk
menyediakan kepada anak-anak kita dengan persekitaran yang terbaik, motivasi,
bahan rujukan, rumah, kereta dan sebagainya.
Kita sering terlupa bahawa anak-anak yang sudah memahami sepenuhnya apa
erti mereka menganut agama Islam akan
mahu berjaya dalam semua apa yang dilakukannya. Dia tahu bahawa Allah (swt)
adalah yang perancang terbaik. Bahawa di dalam hal itu sendiri adalah satu
motivasi yang paling besar bagi anak-anak yang boleh mereka miliki.
Islam bukannya penghalang.
Sesetengah ibu bapa bimbang bahawa pendidikan Islam selepas sekolah
akan membebankan dan sesuatu yang sukar
kepada anak-anak. Hakikatnya, Islam tidak boleh menghalang anak-anak
kita daripada apa yang baik, sebaliknya boleh meningkatkan perkara-perkara yang
mereka lakukan.
Hari ini, kita dapati ramai golongan muda Islam sudah tidak mengejarkan
solat (sembahyang), melibatkan diri dalam pergaulan bebas, minum arak dan
menjadi gay. Kadang-kadang kita tertanya-tanya jika mereka ini dapat dibezakan
dengan orang yang tidak beriman.
Beberapa anak muda yang saya temubual (yang terlibat dengan perkara
negatif) , sebenarnya sudah melalui beberapa bentuk pendidikan Islam, jadi
mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah benar-benar jelas! Islam dijadikan
sebagai keutamaan kedua dan mereka menjadi keliru dengan amalan kebudayaaan.
Sesetengah ibu bapa menjadikan jadual yang sibuk sebagai alasan untuk tidak
taat kepada Allah. Sebahagian, dalam
usaha mereka untuk membesarkan seorang anak-anak yang mampu berdikari akan
memberinya kebebasan kepada anak-anak dan akan mempercayai anak itu secara
membuta tuli. Kesan tindakan sebegini ialah kedua-dua ibu bapa dan anak-anak
menjadi terpedaya dan hilang arah.
Ia tidak akan Berlaku kepada saya
Ibu bapa sekalian, jangan tinggal di laman pemikiran bodoh yang
merasakan bahawa hal ini tidak akan berlaku kepada kita. Jika kita biarkan ia,
ia akan berlaku. Jangan sesekali berfikir walaupuan seminit bahawa anak-anak
terpelajar kita tidak tertakluk kepada pencabulan. Bimbingan yang konsisten dan
pemahaman diperlukan di sini.
Tujuh Perkara yang Boleh kita Lakukan Untuk menjadikan Islam sebagai
Satu Keutamaan
Jadikan Islam matlamat Numero uno dalam kehidupan. Kita boleh melakukan
ini dengan menjadi proaktif. Apa sahaja dunia moden tawarkan Islam boleh
menawarkan yang serupa yang masih tetap dalam sempadan Islam.
1. Mewujudkan satu alternatif lain buat anak kita untuk sibukkan
dirinya. Islam tidak semestinya dogmatik dan membosankan. Kita, ibu bapa perlu
melengkapkan diri kita dengan Ilmu bagi membolehkan kita menganjurkan
aktiviti-aktiviti yang mematuhi Syariah.
2. Sentiasa menganggap penting apa yang berlaku di dalam kehidupan
seharian anak kita dan akan terlibat secara kuat. Ingat, mudarris (guru) atau ustaz hanya boleh
berbuat sedemikian banyak. Kitalah, ibu bapa yang perlu menetapkan piawaian
teras.
3. Konsisten dalam tindakan dan komitmen kepada Deen (agama) kita. Ini tidak boleh tidak akan menghantar mesej
kepada anak-anak kita akan kepentingan Islam dalam kehidupan mereka
4. Memikirkan semula kemudahan yang kita beri kepada mereka. Adakah
kita membeli untuk mereka biografi Nabi Muhammad atau kita membeli mereka novel
Harry Potter? Simplyislam telah mengujudkan beberapa bahan-bahan yang menarik
sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Adakah kita meminta nasihat dari
ahli Terapi Islam atau kita pergi ke tempat terbaik wang kita boleh membeli?
5. Memudahkan, bukan menetapkan agar tidak mengelirukan anak-anak kita
dengan norma-norma budaya yang dikatakan berkaitan dengan Islam. Mereka hanya
berkhidmat untuk tujuan hipokrit dan tidak munasabah. Islam adalah Islam,
tamat.
6. Jangan menjauhkan diri dari bercakap dengan rakan-rakan kita yang
lebih berpengalaman dan warak serta benar.
7. Jika Islam bukan keutamaan kita, buatlah ia sebagai satu yang utama,
hari ini. Anak kita sedang melihat.
Kesimpulannya jika niyah kita (niat) adalah untuk berbuat baik,
Insya-Allah Taala kita akan mendapat petunjuk. Buatlah Islam sebagai satu
keutamaan kita hari ini!
===================================================
Artikel di atas adalah terjemahan dari artikel asal yang boleh dibaca di sini . Terimakasih diucapkan kepada penulis asal (Ibn Waled) artikel ini kerana memberi kami kebenaran untuk menterjemah hasil tulisan beliau.
Terima kasih banyak2 atas usaha anda!
ReplyDeleteDunia akhir zaman..pasti hancur akhirnya..!
Sudah tiada masa untuk dunia lagi..!
Dahulukan Islam tika berfikir...tika bertindak..anak2 (seterusnya rakyat) sedang melihat..!
Inilah contoh ilmu dan amal yg DITUNTUT.
Alhamdulillahh.