Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Dec 13, 2012

"Ayah perlukan pelukanmu..."


Aris berusia 4 tahun. Selalu benar dia mengamuk. Kadang-kadang mengamuk tanpa sebab yang jelas. Apabila Aris mengamuk, Firdauslah yang selalu memujuk tetapi selalu berakhir dengan kekecewaan atau kemarahan. Isterinya, Aina sudah tidak kuasa lagi untuk memujuk Aris. Semakin dipujuk semakin menjadi. 


Suatu hari, Firdaus bertemu dengan seorang rakan lamanya. Tidak disangka, rakan lamanya itu rupanya seorang doktor kanak-kanak. Firdaus menceritakan masalah yang dihadapi olehnya dan isteri tentang anak mereka, Aris.


"Aku dah tak tahu nak buat apa.. Kalau dia mengamuk, berjam-jam pujuk pun tak jalan. Masalahnya setiap hari memang dia akan mengamuk. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa dia mengamuk" keluh Firdaus kepada kawannya.

"Masa dia mengamuk tu..cuba minta dia peluk kau. Aku pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak tentang hal ini. Kau cubalah..mana tau kalau-kalau cara tu sesuai dengan Aris" kata rakannya itu.


Apabila Aris mengamuk, Firdaus terus melakukan seperti yang disarankan oleh rakannya itu. Firdaus menurunkan badannya untuk memandang tepat ke dalam mata Aris. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aris.


"Aris..dengar ni..ayah nak cakap. Aris anak ayah. Ayah sayang Aris. Hari ni ayah nak minta Aris peluk ayah kuat-kuat."


Aris memandang ayahnya dengan sedikit rasa hairan. Selalu, ayahnya yang memeluk dia ketika dia mengamuk.


"Peluk ayah?"

"Ya, peluk ayah."

"Sekarang?"

"Ya, sekarang. Ayah perlukan pelukan daripada Aris sekarang"


Aris berhenti menjerit. Dalam sedu sedan, dia memeluk ayahnya kuat-kuat sebagaimana yang dipinta oleh Firdaus. Akhirnya Aris tenang berada dalam pelukan ayahnya. Anak dan ayah itu berpelukan seketika.


"Aris, terimakasih kerana memeluk ayah. Ayah sangat perlukan pelukan daripada Aris"

"Aris pun perlukan pelukan daripada ayah"


Sejak hari itu, apabila Aris mengamuk, dia akan memeluk ayahnya.


A primary principle of positive discipline is 'Connection before Correction'. Pelukan merupakan salah satu teknik untuk  kita berhubung. Teknik ini mungkin berkesan kepada seseorang anak tetapi tidak berkesan kepada anak yang lain. Apa yang penting adalah ibu bapa memahami prinsip. Tidak susah untuk mencari teknik jika kita memahami prinsip.



Share:

3 comments:

  1. TQ 4 infomation..patutlah ank2 sy dh lain skrg..kalu sblm ni dia kasar..lm2 bila sy ambil cara berlembut dgn pelukan..mereka ok..dn selalu nk mintak di peluk seketika pun jadi.

    mungkin di situ mereka rasa sedikit ketenangn dn kasih sayang..walaupun kita sibuk hr2 dgn kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..

      Tahniah untuk puan atas kejayaan mempraktikkan sesuatu yang positif dan kesannya tentulah positif..

      Delete
  2. Anak sy pun bila dipeluk...amukan akan reda....

    ReplyDelete

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com