Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Dec 19, 2013

Bagaimana untuk elakkan kemarahan dan jeritan kepada anak-anak.

Gambar Hiasan

Dalam sehari berapa kali kita menjerit kepada anak-anak. Nampak anak kita yang berusia 2 tahun memanjat tangga, kita menjerit.. Nampak Along dan Angah melompat di atas sofa, kita menjerit kemudian nampak si bongsu merangkak menuju ke bilik air, kita menjerit lagi. Kadang-kadang tekak terasa perit tapi kita seakan tidak jemu-jemu menjerit. Ada orang petua, kira dari 1 hingga 10 dan tarik nafas dalam-dalam tapi apabila situasi terjadi, tindakan reflek seakan menguasai diri, kita tak ada masa atau terlupa untuk mengira dan menarik nafas dalam-dalam. Sedar-sedar, hanya jeritan yang keluar dari mulut.


Kita perlu melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu mengurangkan kemarahan dan jeritan kita..


1. Buku-buku dan bengkel parenting
Kita menjerit kerana kita tiada ilmu dan kemahiran untuk menangani kerenah anak-anak. Hanya "jeritan”, satu-satu kemahiran yang kita ada. Justeru, cari ilmu dan kemahiran dalam menangani tingkah laku anak-anak dengan banyak membaca buku berkaitan dengan keibubapaan serta menyertai bengkel/seminar keibubapaan. Apabila kita telah ada sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran, kita akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan anak-anak yang aktif dan ini akan mengurangkan ‘jeritan’.


2. Belajar untuk meminta maaf daripada anak
Fikiran kita mungkin berkata..”kenapa mesti saya meminta maaf, mereka yang buat perangai hingga menyebabkan saya naik darah dan menjerit..” Kadang-kadang agak susah untuk kita meminta maaf kerana kita menganggap anak-anak yang menaikkan kemarahan dan menyebabkan kita meninggikan suara kepada mereka. Jadi sebelum melepaskan kemarahan dan perlu meminta maaf, fikirlah banyak kali.


3. Kenali punca kemarahan/jeritan
Apabila kita sedar apa yang menjadi punca kemarahan kita, mungkin kita boleh menghindarinya dari awal. Mungkin kita lebih mudah naik darah apabila kita keletihan, maka cubalah untuk mendapatkan rehat yang cukup. Mungkin kelaparan juga boleh menjadikan kita naik darah, maka makan dan minumlah mengikut waktu. Kadang-kadang perselisihan faham di antara suami isteri juga boleh manjadi penyebab kita "cranky" sepanjang hari, maka elakkan persengketaan dengan pasangan. Jika terjadi persengketaan, cepat-cepat selesaikan supaya fikiran kita tenang.


4. Elakkan berfikir tentang sesuatu yang serius ketika berada bersama anak-anak.
Anak-anak nampak kita sedang menyediakan makan malam tetapi dalam fikiran, kita sedang memikirkan pelan perniagaan atau kita sedang berfikir bagaimana untuk memujuk ibu mertua yang merajuk. Apabila anak-anak bertanya..”mama, bila boleh makan, kami lapar”, apa yang kita sedang fikirkan akan terganggu dan tentu akan menimbulkan kemarahan dan jeritan..”tunggulah sekejap, mama tengah masak ni..tak tau sabar betul budak-budak ni”. Ketika bersama anak-anak, fokus kepada mereka. Fikirkan sesuatu yang serius apabila anak-anak telah tidur atau anak-anak tidak berada bersama kita.


5. Cipta satu mantra
Contoh mantra..”Anak-anak saya bukan menjadi masalah kepada saya sebaliknya mereka menghadapi masalah”. Mantra yang begini membantu kita untuk reframe situasi dan melihatnya dari sudut yang lebih positif.


6. Banyak-banyakkan berdoa supaya Tuhan mengurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak-anak.


Menjadi ibu bapa yang tenang dan aman damai bukanlah semata-mata belajar mengendalikan emosi kita sendiri tetapi juga memupuk hubungan yang kukuh dan mesra dengan anak-anak.


Share:

14 comments:

  1. Tips yg sgt bgs. Saya harap dpt amalkan hari ini juga.

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk tips yang sangat berguna ni...CN mohon share yer ;)

    ReplyDelete
  3. Saya mghadapi masalah menangani sikap anak lelaki (2tahun 2bln) yg suka meludah sekiranya tak berpuas hati tak kira pada siapa saja. Sy cuba nasihat..memujuk..menakut-nakutkn.. Smpai 1 tahap saya terpaksa mnjentik mulutnya.. Tetapi..masih sama.. Cara apa lg perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah saya akan tulis tentang masalah ini nanti

      Delete
    2. Pendapat sy, mungkin anak ini jarang dipeluk atau dibelai dancuba ajarkan anak untuk memberi.

      Delete
  4. Salam puan. Boleh kongsikan bagaimana cara berkomunikasi atau merangsang anak yg kurang bercakap. Anak saya lelaki, 15 tahun dan tinggal di asrama. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan saya supaya jangan selalu membangkang setiap cadangan atau pendapat yang anak kongsikan dan sentiasa memuji apa yang dia lakukan jika ia sesuatu yang baik.

      Delete
  5. assalam puan.. saya ada tiga org anak perempuan yg aktif. yg sulung tu akan masuk 6thn 2014 ni. Anak yg baik tetapi kuat melawan dari segi fizikal, nak menang dan menjawab cakap, malah dia tak takut pada ayahnya dan selalu melawan cakap. Saya risau jika perangai ni berterusan sehingga dia besar dan adik-adik juga akan ikut cara kakak nya. Sedangkan saya tidak pernah melawan cakap suami di depan anak-anak. Pendekatan apa yang perlu saya buat untuk mendidik anak saya ni.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. assalam. anak saya tunggal perempuan 11 tahun. saya adalah seorang ibu yang garang dan selalu memarahi anak saya jika membuat salah. saya mahu dia sentiasa "perfect". saya rasa kelakuan saya sangat tidak patut dan menyesal. saya pernah marah beliau dengan suara yang tinggi sehingga didengari oleh jiran. sekarang saya berasa terlalu kesal dengan perbuatan saya. adakah tidak terlambat untuk saya mengubah cara didikan saya terhadap anak tunggal saya itu? saya selalu menangis jika terkenang perbuatan saya terhadap anak saya itu.

    ReplyDelete
  7. t.kasih utk tips ini..azam tahun 2014, nak mengurangkan sifat cpt marah kps anak2..mungkin sbb dlm kepala terlampau banyak yg difikirkan..

    ReplyDelete

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com