Anak saya banyak bercakap tetapi mengulangi beberapa perkataan yang sama dalam satu ayat atau dalam bahasa mudahnya ialah gagap.Adakah ini boleh membawa kepada masalah kegagapan sehingga dia dewasa? Atau adakah ia normal dalam proses pembelajaran bahasa?
======================================
Ramai ibu bapa bimbang dan percaya bahawa anak mereka mempunyai masalah gagap . Belajar bercakap mengambil masa dan kanak-kanak sering mengalami kesukaran pada mulanya. Seorang kanak-kanak yang gagap ketika bercakap bukanlah bermakna dia kurang bijak daripada kanak-kanak lain . Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar dan keupayaan yang berbeza.
Gagap sementara
Adalah normal kanak-kanak yang berumur di antara 2 - 4 tahun menyebut perkataan yang sama berulang-ulang di dalam satu ayat. Ia adalah satu fenomena yang tidak mampu dikawal oleh anak pada usia tersebut dan ianya bersifat sementara. Ia biasanya akan berakhir dengan sendiri. Tiada siapa yang tahu dengan pasti sebab di sebalik kegagapan. Ramai pakar percaya bahawa kanak-kanak mungkin berfikir lebih cepat daripada bercakap. Kita mungkin perasan bahawa anak kita mengulangi perkataan yang sama apabila dia berasa penat atau apabila banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama. Satu perubahan dalam rutin biasa seperti kehadiran adik baru juga boleh mencetuskan atau memburukkan kegagapan anak.
Jika anak kita tidak menyedari bahawa dia menyebut satu perkataan berulang kali, yang terbaik dilakukan ialah elakkan daripada memberi tumpuan atau perhatian kita mengenai isu itu. Kita juga perlu menghalang orang lain yang berada di persekitaran seperti adik beradik dan saudara mara untuk tidak menyebut apa-apa mengenaj kegagapan tersebut.
Bagaimana untuk membantu anak yang gagap
- Jangan sekali-kali menjerit kepada anak dan jangan sekali-kali menghukumnya kerana kegagapan tersebut.
- Bercakap dengan anak dengan tenang dan mendengar kata-katanya dengan penuh perhatian tanpa fokus kepada kegagapannya .
- Jangan meminta dia mengulangi . Menurut kebanyakan pakar, kita tidak perlu menasihati anak untuk memperlahankan percakapannya dan kita juga tidak perlu mengulangi apa yang dicakapkan oleh anak.
- Jangan terlalu cepat melengkapkan percakapannya sebaliknya sabar menunggu sehingga anak menghabiskan ayat yang ingin diucapkan.
- Mengurangkan komunikasi dengan anak dalam keadaan tertekan. Contohnya, jangan bertanya soalan kepada anak dalam situasi yang kelam kabut dan ramai orang.
Gejala gagap sebenar
Berikut adalah beberapa tanda atau simptom yang menunjukkan anak kita mengalami masalah kegagapan sebenar:
- Anak mengulangi bunyi perkataan.
- Anak mengulangi keseluruhan atau sebahagian daripada perkataan-perkataan yang tertentu.
- Berlaku sentakan atau gerenyet apabila anak bercakap .
- Mata anak berkelip-kelip ketika bercakap
- Anak biasanya menahan pernafasan waktu bercakap
- Anak mengelakkan daripada menyebut perkataan-perkataan tertentu
- Anak seolah-olah takut atau panik apabila cuba untuk melafazkan perkataan-perkataan tertentu.
- Kita akan nampak kesukaran yang ketara apabila anak bercakap .
Jika kita mendapati anak menunjukkan gejala ini, eloklah kita membawanya berjumpa dengan ‘speech therapist’ untuk membuat penilaian. ‘Speech therapist’ akan mencadangkan beberapa penyelesaian untuk membantu kita dan anak serta keluarga.
Assalamualaikum, singgah baca entri dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ReplyDeleteinfo yang berguna untuk ibubapa baru macam CN ni, anak baru belajar bercakap..mmg excited tengok perkembangan anak ;)
ReplyDeleteTerimakasih kerana singgah di sini
DeleteAssalamualaikum... Anak baru berumur 2 tahun 5 bulan dn mengalami masalah gagap sebenar. Bagaimana dan di mana boleh saya berjumpa pakar pertuturan kanak2 (speech therapist)? 0195756064 - Hashimi.
ReplyDeleteTerima kasih diucapkan kepada yang sudi untuk membantu..
Delete