Gambar Hiasan |
Bahasa Reseptif (belajar mendengar dan memahami bahasa)
Anak mula belajar tentang bahasa sebaik sahaja dia dilahirkan. Malah bayi yang baru dilahirkan menyedari dan berkebolehan untuk mendengar. Mereka mendengar suara ibu dan bapa serta orang-orang yang berada di persekitaran mereka. Bayi akan menyentakkan atau menangis jika terdapat bunyi yang tidak dijangka. Bunyi yang kuat boleh membangunkan mereka, dan mereka belajar untuk bertindak balas kepada bunyi.
Di antara usia 0 - 3 bulan bayi belajar untuk menoleh apabila kita bercakap dengan mereka, dan tersenyum apabila mereka mendengar suara kita. Malah, mereka seolah-olah mengenali suara yang familiar, dan berhenti menangis. Bayi di bawah usia 3 bulan juga akan menghentikan aktiviti mereka dan cuba fokus kepada bunyi suara yang tidak dikenali. Mereka sering bertindak balas terhadap bunyi yang menenangkan samada bunyi itu familiar atau tidak.
Di antara usia 4 - 6 bulan, bayi bertindak balas terhadap perkataan "tidak". Mereka juga responsif kepada perubahan dalam nada suara kita, dan juga kepada bunyi selain daripada percakapan. Sebagai contoh, mereka boleh terpesona dengan mainan dan objek lain yang mengeluarkan bunyi,
Bahasa Ekspresif (belajar bercakap dan menggunakan bahasa)
Bayi yang baru lahir mengeluarkan bunyi untuk memberitahu kita bahawa mereka mengalami keseronokan atau kesakitan.
Pada usia 0 - 3 bulan, bayi berkebolehan untuk mengukir senyuman apabila terpandang kita. Mereka mengulangi bunyi "Coos dan goos" apabila berpuas hati. Manakala tangisan mereka memberitahu bahawa mereka memerlukan sesuatu seperti mereka menangis apabila lapar, tidak selesa, mengantuk dan sebagainya.
Pada usia 4 - 6 bulan, bayi mampu membuat bunyi “gurgling” atau mengagah ketika kita bermain dengan mereka atau ketika mereka berasa selesa dan gembira. Bunyi ini kedengaran seolah-olah mereka sedang “bercakap”. Bayi mampu memberitahu kita, dengan menggunakan bunyi atau isyarat bahawa mereka mahukan sesuatu, atau mahu kita melakukan sesuatu. Mereka boleh membuat bunyi "mendesak" bagi merangsang kita untuk membuat tindakan segera.
Aktiviti dan bermain bersama bayi
Ketika bayi belajar untuk bercakap, pastikan kita memberi respon. Tenangkan bayi dengan suara dan kata-kata yang lembut. Kita boleh meniru dan membuat bunyi sepertinya - ini adalah cara yang menyeronokkan untuk menggalakkan bayi untuk membuat lebih banyak bunyi.
Berikut adalah beberapa tips lain untuk memupuk perkembangan bahasa:
- Bercakap dengan menggunakan bahasa yang lembut dan selesa .
- Bersenandung dan menyanyikan lagu-lagu yang lembut .
- Membaca buku dan bercerita kepada bayi. Ia tidak terlalu awal untuk memula dan memperkenalkan buku kepadanya.
- Bermain-main dengan bayi ( ciku cak , meniru bunyi bayi, menggeletek lembut, menggoyangkan alat-alat mainan yang berbunyi, dan lain-lain ).
- Bercakap dengan bayi tentang apa yang kita sedang lakukan ( memandikannya, memakaikan pakaiannya , menyalin lampin, dan lain-lain ).
- Menyebut dan memanggil nama bayi.
- Pastikan bayi dapat melihat wajah kita ketika sedang bercakap dengannya.
- Bercakap dengan tenang tentang apa yang kita fikir bayi sedang cuba untuk memberitahu kita dengan tangisan dan agahannya.
Membaca kepada bayi
Ia tidak terlalu awal untuk membaca kepada bayi. Malah bayi yang baru lahir akan mendapat manfaat daripada mendengar bacaan yang bersuara daripada ibu atau bapa . Mendengar percakapan kita boleh membantu bayi untuk membangunkan dan mengembangkan bahasanya.
0 comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.