Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jun 22, 2012

Bentuk dan fungsi otak



Otak adalah pusat kawalan yang utama kepada tubuh. Otak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

• Otak pertama yang disebut juga sebagai serebelum (Cerebellum) terletak di bahagian bawah atau belakang. Ia merupakan otak yang kecil yang menjadi pusat kepada koordinasi otot dan kesimbangan badan, serta mengawal proses pernafasan, penghadaman dan metabolisme badan.

• Otak kedua atau sistem limbik terdiri daripada hipothalamus dan hippocampus. Bahagian ini memainkan peranan utama mengawal emosi, deria bau, deria rasa dan tingkah laku seksual. Ia juga mengawal tindakan logikal untuk merangsang keinginan-keinginan seperti rasa lapar, dahaga dan tindakan pertahankan diri apabila menghadapi situasi yang mencemaskan seperti bahaya, ketakutan dan ketegangan emosi. Bahagian inilah yang banyak mengawal tahap kepintaran emosi (EQ).

• Otak ketiga atau neocortex dikenali sabagai sereberum (cerebrum). Ia merupakan pusat pemikiran dan kesedaran seseorang. Di sinilah letaknya pusat kawalan untuk mengawal kemampuan dan keupayaan menguasai bahasa, pemusatan perhatian (focusing) memori, fikiran dan kemahiran motor. Keupayaan minda dan tahap keintelektualan (IQ) seseorang banyak dikawal oleh bahagian ini.

Otak juga boleh dilihat dengan satu lagi cara iaitu melalui pembahagian berikut:

• Otak kiri berfungsi untuk mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti logikal dan akademik. Ia juga mengawal sensasi di bahagian kanan tubuh.

• Otak kanan pula menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan imaginasi dan kreativiti seperti muzik, imaginasi pengenalan objek dan sebagainya. Ia juga mengawal sensasi di bahagian kiri tubuh.

Kedua-dua otak kiri dan kanan ini dihubungkan oleh lebih 200 juta sesaraf (corpus callosum). Penggunaan kedua-dua otak kiri dan kanan secara harmonis dapat mempertingkatkan prestasi pembelajaran. Penggunaan kedua-dua otak ini juga akan menjadikan proses pembelajaran yang dilalui oleh seseorang itu amat menyeronokkan. Daya focus terhadap sesuatu perkara akan menjadi lebih bertambah. Daya ingatan akan menjadi lebih kuat. Imaginasi akan lebih menyeluruh dan sistem pemikiran akan menjadi lebih kreatif.

Minda manusia sebenarnya menjalankan dua fungsi dengan kuasa yang berlainan tetapi berfungsi secara serentak untuk menghasilkan idea samada positif atau negatif. Kedua-dua fungsi itu ialah:

• Minda terancang - menguasai hanya 1/10 daripada aktiviti otak. Ia menerima maklumat luaran dan memahami alam melalui pancaindera, pengalaman, pengamatan dan juga melalui pendidikan.

 Minda terpendam - merupakan kuasa sebenar minda manusia. Ia memahami alam dan persekitaran melalui gerak perasaan dan intuisi. Ia menjalankan lebih 90% fungsi otak dan amat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Justeru itu, seseorang yang ingin berjaya di dalam hidupnya perlu mengawal minda terpendam yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya agar menjadi lebih positif. Antara contoh-contoh pengawalan minda terpendam secara positif ialah jangan fikir sakit tetapi fikirkan sihat, jangan fikirkan gagal tapi fikirkan kejayaan, jangan fikirkan keburukan tapi fikirkan kebaikan.

Potensi otak yang dimiliki oleh manusia amatlah menakjubkan. Ia merupakan satu anugerah yang amat berharga dan bernilai oleh Allah kepada manusia kerana potensi otak ini sesungguhnya tiada nampak hadnya. Otak manusia mampu menyimpan segala maklumat dan merekodkan maklumat-maklumat baru pada setiap saat semenjak daripada manusia itu dilahirkan sehingga ke akhir hayatnya.

Pelbagai latihan dan ransangan boleh dibuat untuk meningkatkan potensi otak. Ransangan dan latihan ini patut diberikan ketika masih kecil malah boleh diberikan ketika masih di dalam kandungan di mana waktu itu perkembangan otak berlaku dengan pesat. Ketika masih di peringkat bayi dan kanak-kanak, otak diibaratkan seperti "spounge" yang masih kering, mampu menyerap pada kadar yang tinggi.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com