Ketika menyusukan bayi..
Kita membantu proses perkembangan bayi bukan saja dari segi fizikal malah dari segi mental, sosial dan emosi. Kita membantunya untuk merasakan bahawa dunia yang baru baginya (di luar rahim ibu) adalah sesuatu yang menyeronokkan dan bayi merasa selamat.
Sekiranya bayi boleh berkata-kata...
"Tangisan adalah cara saya berkomunikasi...Saya akan menangis sekiranya lampin saya basah, saya ingin dibelai, saya lapar dan lain-lain yang saya perlukan, saya minta dengan cara menangis kerana saya belum bisa bercakap. Memandangkan ketika ini proses tumbesaran saya berlaku begitu pantas, biasanya saya menangis kerana lapar..Janganlah ibu keberatan untuk menyusukan saya dengan susu ibu kerana susu ibu merupakan nutrient yang lengkap dan terbaik untuk saya...Jangan ibu bimbang, Allah telah beri kelebihan pada saya..Walaupun masih belum ada pengalaman, tapi saya telah dapat mencium bau ibu dan tahu di mana dan bagaimana sepatutnya saya mendapatkan susu ibu dengan sedikit bantuan daripada ibu. Ketika saya menangis kelaparan, ibu datang dan memberi apa yang saya perlukan. Saya merasakan bahawa saya berjaya berkomunikasi dengan ibu dan dapat membuat sesuatu perkara itu berlaku. Saya merasa istimewa ketika ibu memeluk dan membelai saya..memandang mata saya dan bercakap-cakap dengan saya ketika proses penyusuan. Saya gembira berada di samping ibu. Saya belum mengerti makna 'tunggu sekejap' tapi lama kelamaan saya akan belajar mengerti. Itupun sekiranya saya boleh mempercayai bahawa ibu memang menyayangi saya...."
Apa yang dipelajari oleh bayi...
Memenuhi keperluannya membantu bayi merasa tenang. Ini membolehkan bayi memfokuskan perhatiannya untuk belajar tentang dunia baru di sekelilingnya. Ketika melihat ibu tersenyum, mendengar suara lembut ibu dan merasakan usapan tangan ibu di kepala, bayi dapat merasakan bahawa dia disayangi dan dihargai. Dia mula memahami bahawa ibu seorang yang boleh dipercayai dan boleh bergantung harap. Ini merupakan satu pendidikan yang asas dan penting bagi membentuk perhubungan yang sihat dan positif dalam kehidupannya yang akan datang.
Apa yang perlu ibu lakukan untuk membantu...
Bercakap-cakap dengan bayi dengan suara yang membelai ketika menyusukannya. Mengusap rambut dan tubuhnya supaya bayi dapat merasakan betapa hebatnya sentuhan tangan seorang ibu yang menyayanginya.
Ketika mententeramkan bayi...
Kita membantu bayi memahami bahawa dunia yang baru baginya ini adalah tempat yang selamat dan ada orang yang perihatin terhadap keperluan dan perasaannya. Dengan perasaan ini, lama kelamaan bayi mampu belajar berkomunikasi secara positif dengan persekitarannya (manusia dan objek)
Sekiranya bayi boleh berkata-kata...
"Ada ketikanya saya menangis bukan kerana lapar...sebaliknya kerana saya mendapati bahawa persekitaran saya terlalu menyesakkan dan saya menangis hanya untuk melepaskan kesesakan yang saya rasakan. Untuk menyesuaikan diri di dunia yang serba baru bagi saya rupanya sungguh memenatkan. Saya perlukan bantuan daripada ibu tapi saya tidak pandai berkata- kata dalam bahasa yang mudah ibu fahami..saya hanya tahu menangis dan saya berharap ibu faham maksud tangisan saya dan segera memenuhi keperluan saya. Adakalanya tidak mudah juga bagi ibu memahami tangisan saya tapi hari demi hari ibu akan belajar memahaminya. Kadang-kadang cubaan ibu untuk memtenteramkan saya tidak berkesan..Saya akan terus menangis dan menangis sehingga ibu menjadi panik dan adakalanya emosi ibu menjadi tegang..Tidak mengapa kalau ibu meninggalkan saya sekejap di tempat yang selamat untuk menenangkan emosi ibu sendiri atau pun ibu boleh serahkan saya kepada ayah atau nenek atau datuk untuk membantu mententeramkan saya. Bukan mudah bagi ibu untuk menyesuaikan kehadiran saya dalam hidup ibu sebagaimana sukarnya juga bagi saya untuk menyesuaikan diri saya sendiri dalam dunia yang serba baru dan asing ini.."
Apa yang dipelajari oleh bayi...
Bila ibu memberi respon dengan segera terhadap tangisan bayi, dia akan mempelajari bahawa dia boleh berkomunikasi dengan persekitarannya dan ada seseorang yang sentiasa perihatin dalam memenuhi keperluannya. Selain dari itu sedikit demi sedikit bayi juga mempelajari cara mententeramkan dirinya sendiri. Mungkin sekarang kita memeluk untuk mententeramkannya, tapi lama kelamaan dia akan memeluk sesuatu yang menjadi kesayangannya (seperti teddy bear) untuk mententeramkan dirinya sendiri. Keperihatinan (quick attention) kita sekarang akan mendidik dan memberi keyakinan bahawa dia boleh mententeramkan dirinya sendiri di masa hadapan.
Apa yang perlu ibu lakukan untuk membantu...
Sekiranya bayi menangis, ibu perlu memastikan puncanya samada dia lapar, lampinnya basah, mengantuk dan sebagainya dan hendaklah segera menanganinya. Adakalanya kita tidak tahu punca sebenar. Ketika ini ibu perlu "trial and error" untuk mententeramkan bayi. Ibu boleh mendukung, meletakkannya dalam buaian dan sebagainya sehingga bayi merasa selesa dan tenang.
Ibu perlu mempelajari cara dan bagaimana bayi boleh tenteram. Contohnya, kalau bayi rasa tidak selesa bila ibu bercakap sambil memandang matanya, mungkin ibu boleh memandang matanya sahaja tanpa bercakap atau bernyanyi tanpa memandang matanya.
Setiap ibu ingin membuat yang terbaik dalam mendidik dan merangsang perkembangan anak. Kadangkala ibu merasa letih dan lemah dengan pelbagai kerja rumah lain yang perlu dibereskan. Ibu tidak perlu merasa kecewa atau "stress" bila tidak dapat melakukan ransangan secara formal kepada bayi dengan menggunakan alat-alat permainan disebabkan kita kesempitan dari segi kewangan dan masa. Gunakan detik dan aktiviti seharianseperti ketika menyusukan bayi, memandikannya, menyalin lampin dan sebagainya untuk berinteraksi dan merangsang.
Interaksi dengan cara begini pun sudah cukup untuk merangsang dan membentuk sikap dan kebolehan bayi seperti berkeyakinan, berkerjasama, bersemangat ingin tahu dan berkomunikasi di mana sikap dan kebolehan ini diperlukan dalam proses pembelajaran sepanjang hidup mereka kelak. Inilah yang dikatakan "magik dalam detik-detik seharian".
0 comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.