Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jun 21, 2012

Menangani masalah tantrums anak...





" Malu betul aku.."


"Kenapa?"


"Semalam aku bawa Irwan gi shopping kat OU. Masa kat JJ tu dia mengamuk nak satu mainan tu. Aku tak mau beli sebab mainan tu mahal betul..beratus. Mana aku ada budget. Dia berguling-guling atas lantai. Semua orang perati. Ada yang berhenti tengok seolah-olah menonton wayang free..Hiii..malunya.."



"Habis apa kau buat?"


"Mula tu aku pujuk..aku tunjuk mainan lain yang murah sikit tapi dia tak mau. Dia nak mainan yang tu jugak. Lagi pujuk lagi dia mengamuk sakan. Last, aku angkat dia dan bawak balik. Dalam kereta pun dia mengamuk lagi sampai la di rumah. Sampai kat rumah, aku panggil suami aku suruh angkat dan pujuk dia. Lama jugak suami aku memujuk, baru dia diam. Aku malu la..Tirana. Lain kali tak boleh bawak dia dah gi shopping"


"Biasalah tu. Yati… Orang dewasa macam kita pun kadang-kadang tunjuk tantrum, apa lagi budak macam Irwan tu…"



It's hard to believe,  right? Kadang-kadang kita terfikir..apakah anak kita sengaja buat perangai untuk memalukan kita di hadapan orang ramai sedangkan kita melihat anak orang lain tidak begitu. Sesuatu yang perlu kita selalu ingat, at certain stage and age, kanak-kanak akan melalui fasa tantrum ini cuma ada kanak-kanak yang tunjuk tantrum secara agressive seperti Irwan dan ada yang tidak tunjuk secara terbuka.


Ibu bapa perlu memahami dan mencari punca yang menyebabkan anak tunjuk tantrum. Justeru, kita akan dapat menangani tantrum dengan efektif. Itu akan mengurangkan stress kita dan stress anak. Secara asasnya tantrum ada dua jenis iaitu manipulative tantrumsdan stress tantrums.



Manipulative tantrums

Tantrums jenis ini bermula without warning dan tanpa disedari. Kadang-kadang tanpa kita sedari reaksi kita akan membuatkan si anak semakin kuat tunjuk tantrums. 


Contohnya seperti kes kawan saya, Yati dan anaknya Irwan. Anak inginkan sesuatu. Ibu atau bapa pula without thinking too much, terus say "No". Anak jadi upset dan akan merengek. Ibu bapa mana tak sayangkan anak. Mendengar rengekan anak, tentu kita tak sampai hati lalu kita bagi saja apa yang dia inginkan.  Dari situ anak belajar sesuatu - dengan merengek dia akan dapat apa yang dia inginkan. Lain kali dia akan buat perkara yang sama. Tapi ada hari yang ibu bapa tidak mampu memberi apa yang anak minta seperti kes Irwan di atas, maka terjadilah drama tantrum itu tak kira tempat dan masa. Ibu bapa selalu menganggap anak-anak yang tunjuk tantrum secara agressive sebagai anak yang 'spoiled' atau 'out of control'. Ibu bapa akan merasa kecewa tapi sebenarnya reaksi kita yang mengajar anak jadi begitu.


What to do? Untuk mencegah tantrums jenis ini, ibu bapa perlu buat peraturan ( bersesuaian dengan tahap umur) dan rutin. Apabila anak sudah terbiasa dengan peraturan dan rutin yang consistent setiap hari, ini akan mengurangkan tendency untuk anak tunjuk tantrums.


Contoh: Ibu dan bapa Irwan buat peraturan - no junk food before dinner. Irwan masuk ke dapur dan meminta biskut dari ibunya.


"Mama, Irwan nak biskut"


"Irwan lapar ye.. Kejap lagi mama siap masak sayur ni, kita makan. Give me another 15 minutes, boleh tak?"


Irwan mula menghentakkan kakinya.."Irwan lapar sangat ni.."


"Anak mama lapar sangat ye..tak boleh tunggu 15 minute pun..Ok..Irwan tolong mama siapkan meja..susun pinggan, susun cawan untuk kita makan"


"Irwan lapar…lapar.." Irwan semakin kuat menghentak kakinya ke lantai.


"Wow..anak mama lapar sangat rupanya… tapi kita ada peraturan - no junk food before dinner.. Ok..kalau Irwan lapar sangat dan tak boleh tunggu mama masak sayur ni… mama bagi Irwan apple..nak tak?"


Jika anak kita berterusan merengek, the best way is to accept his/her feeling and repeat the rule without appearing annoyed.


Ibu bapa harus kuat mengawal diri dari naik angin atau naik darah. Kebanyakan kita tidak betah dengar anak merengek, samada kita bagi apa yang anak inginkan atau kita akan naik darah, Sekali dua anak menghentak kaki, mungkin kita boleh tahan.. tapi jika terus-terusan begitu sedangkan kita pada ketika itu, sangat sibuk atau sangat letih..angin kita mula naik ke kepala..


"Irwan ni..tak reti ke apa mama kata.. Mama kata no junk food before dinner. Irwan buat perangai macam ni..mama cubit nanti.."

Ibu dan anak sama-sama stress. The BEST tactic is to speak calmly (yes, that means do not YELL), get close to the child and tell him that you see/understand that he is upset and you will stay close by until he feels better.


Peluk anak tapi jika dia tidak mahu dipeluk, just leave him alone and give him some space. Mesej yang ingin kita sampaikan kepada anak ialah 'bahawa dia disayangi dan difahami tapi itu tidak bermakna kita akan mengikut kehendaknya and break the rule. Apabila anak telah tenang, peluk anak dan tunjukkan kasih sayang bukan dengan leteran atau hukuman. Strategi ini jika digunakan secara konsisten, insyaAllah akan mengurangkan manipulative tantrums. Sebagai bonus, ia akan merapatkan hubungan ibu bapa dan anak apabila kita sama-sama memahami bahawa ibu bapa tidak berupaya mengawal tingkah laku anak dan anak tidak berupaya mengawal tingkah laku ibu bapa sebaliknya kita hanya berupaya mengawal tingkah laku diri kita sendiri.



Stress Tantrums

Sebenarnya bukan anak saja yang menghadapi stress tantrums malah ibu bapa pun kadang-kadang mengalami tantrums jenis ini. Jadi tidak susah untuk memahami jika ia berlaku pada anak-anak kita. Mari kita lihat situasi yang digambarkan seperti di bawah. Tantrums jenis biasanya di 'trigger' oleh sesuatu yang kadang-kadang minor yang bila kita fikir semula tak logik menaikkan darah kita tapi bila kita sedang tertekan, perkara yang kecil pun kadang-kadang nampak besar.


Telah beberapa hari kita menghadapi tekanan di tempat kerja, kerja melambak, pembantu cuti, rehat tak cukup, tidur pun tak lena. Kita pulang ke rumah dengan keadaan letih dan tak bermaya, pergi ke dapur untuk minum, ternampak pulak dalam singki, pinggan mangkuk, cawan gelas kotor tidak berbasuh. Aduhhhh…serta merta angin kus..kus datang. Mulalah kita terjerit-jerit marah siapa yang makan tak basuh pinggan, minum tak basuh cawan. Kadang-kadang dengan airmata sekali turun macam hujan lebat. Anak-anak dan suami mulut terlopong pandang kita macamlah kita ni orang gila. Pada waktu ini apa yang kita perlukan?


"Apa awak ni..balik-balik asyik nak marah saja.. Bukannya banyak sangat pun pinggan dan cawan kotor dalam singki tu.. Kalau awak tak mau cuci, nanti saya buat.." begitu kata suami kita.


Wahhh…makin kita naik geram. Kita rasa tak ada siapa yang memahami perasaan kita. Suami tak faham, anak-anak pun tak faham.


Pada waktu ini sebenarnya samada kita perlukan pelukan dari suami dan anak-anak yang menunjukkan mereka memahami kita atau kita perlukan masa untuk bersendirian mencari ketenangan bukannya nasihat dan leteran.


Anak-anak kita pun memerlukan perkara yang sama apabila mereka menghadapi 'stress tantrums'. Kita boleh menghindari atau mencegah stress tantrums daripada berlaku apabila kita mampu membaca 'signals' yang ditunjukkan oleh anak. 


"Mama, kita mesti singgah rumah kawan mama yang sorang lagi tu ke?"


Dengan pertanyaan begini sebenarnya anak memberi signal bahawa dia letih dan penat. Apabila rutin harian bertukar, jangan expect anak mampu handle perubahan itu dengan pantas. Dia memerlukan masa dan kita perlu memberikannya masa. Biasanya ibu bapa mengharapkan anak membuat apa yang disuruh (do what we say without any argument)


It's not easy for a young child to cope with adult hectic schedules and time table. Apabila kita tidak menghiraukan tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh anak bahawa dia keletihan, besar kemungkinan anak akan menunjukkan tantrumnya.


What to do? Yang pertama sekali accept his feeling. Ini menunjukkan kepada anak bahawa kita memahami perasaannya. It will cool him a little bit.


"Mama tahu Irwan letih dan penat… Mama singgah rumah kawan mama tu sekejap aje untuk hantar barang ni..Lepas tu kita balik terus. Mama takkan sembang lama-lama"


Teruskan memujuk anak dengan lembut dan kasih sayang.Tukar perhatiannya kepada perkara-perkara yang dia suka.


"Nanti sampai kat rumah, mama isikan air dalam tub dan Irwan boleh berendam dalam air tu lama-lama..mau tak?"


Ajak anak bersama-sama melakukan senaman pernafasan dengan betul. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut. Apabila anak telah tenang, peluk anak dan berilah pujian dengan ikhlas.


Kita  merasa malu bila anak tunjuk tantrums depan public. The first thing we need to do is IGNORE the judgement of other people. Kita lakukan yang terbaik untuk anak kita kerana hanya kita yang memahami anak kita sendiri. Orang lain hanya boleh bercakap sedangkan bukan mereka yang melahirkan anak kita dan tinggal sebumbung dengan kita. Sebenarnya kita memerlukan kekuatan dalaman untuk mengabaikan apa orang kata dan mengutamakan anak kita.


Tantrums yang ditangani dengan kefahaman dan kasih sayang, sebenarnya mendidik anak-anak kita bahawa bukan sesuatu yang salah jika mereka mempunyai perasaan yang negatif tapi ada cara-cara yang betul untuk menyatakan perasaan tersebut, bukan dengan tantrums. Justeru, kita membina hubungan yang rapat dan mesra dengan anak-anak. The stage of tantrums will pass but this loving bond promises to last a lifetime.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com