Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Nov 20, 2013

Anak yang suka bertangguh kerja

Gambar Hiasan

Ketika Puan Rita memasuki bilik, didapati dua beradik itu leka membaca novel yang baru dibeli semalam. Sungguh asyik Along dan Angah dengan novel yang mereka minati. Bilik mereka bersepah. Pakaian bertaburan di lantai, buku-buku tidak tersusun. Keadaan tidak ubah seperti tongkang pecah.

"Boleh tak Along dan Angah tolong kemas bilik ni?" kata Puan Rita.

“Nanti kami kemas, ibu” jawab Along.

"Ok, nanti kemas ye" kata Puan Rita sambil berlalu keluar dari bilik itu.

"Ok"


Di dapur, Puan Rita menyediakan sesuatu untuk makan malam. Dia tahu anak-anaknya yang dua orang itu minat membaca. Apabila dapat buku cerita baru, memang mereka tidak akan keluar bilik. Selalunya mereka akan sama-sama sibuk di dapur. Puan Rita memberi peluang kepada mereka untuk membaca. Tiba-tiba Along masuk ke dapur untuk minum.

“Along dah habis membaca? Boleh tolong ibu bawakkan tong sampah ini keluar tak? Tong sampah ni dah penuh."

“Kejap lagi Along keluarkan tong sampah itu, ibu. Along nak tengok TV. Ada siri yang Along suka.” Dan dia pun berlalu keluar dari dapur.

Selepas makan malam Along dan Angah membawa pinggan masing-masing ke sinki. Dan sisa-sisa makanan dibuang dalam tong sampah.

“Ibu, tong sampah ini penuh” jerit Angah.

" Ibu dah suruh Along angkat keluar tadi"

“Oh ye..Along lupalah. Nanti Along angkat selepas Along solat maghrib” 

"Jangan lupa kemas bilik. Baju-baju yang nak dicuci, masukkan dalam bakul" kata Puan Rita mengingatkan anak-anak perempuannya yang dua orang itu.

Sehingga mereka tertidur malam itu, bilik belum berkemas dan tong sampah masih di situ. Puan Rita cuma mampu menggeleng kepala melihat anak-anaknya tertidur dengan buku di atas dada masing-masing.


Mungkin apa yang telah dialami oleh Puan Rita, akan dialami juga oleh ibu-ibu yang lain. Bagi anak-anak yang suka bertangguh kerja, kita sebagai ibubapa perlu membuat sesuatu untuk mendidik mereka. Mungkin kita mempunyai peraturan untuk anak-anak tapi gagal untuk melaksanakannya disebabkan kita tidak tegas dan tidak beristiqamah. Itu yang menyebabkan mereka bertangguh kerja. Mereka banyak memberi alasan dan sebagainya. Untuk mengelak daripada berhadapan dengan pelbagai alasan dan dolak-dalih mereka, kita perlu:

1) think - apa, bila dan bagaimana.
Apa yang kita mahu dilakukan oleh anak-anak - contohnya kemas bilik masing-masing. Bila yang sepatutnya mereka perlu lakukan tugas tersebut - contohnya sebelum atau selepas makan malam. Bagaimana mereka perlu buat tugas tersebut - contohnya masukkan kain kotor ke dalam raga.

2. tell - setelah kita jelas (clear) apa yang kita mahu anak-anak kita buat, beritahu mereka dengan tegas (bukan keras). Be specific. Contohnya..”Ibu mahu Along angkat tong sampah ini keluar selepas selesai kita makan malam."

3. warn - jika tugas tidak dilaksanakan, ingatkan mereka dengan tegas. Contohnya.."kita dah selesai makan malam. Along boleh tolong angkat tong sampah tu keluar sekarang."

4. act - sekiranya tugas masih tidak dilaksanakan walaupun telah diberi amaran, kita boleh kenakan tindakan yang sesuai. Contohnya..”Apabila Along dah selesaikan tugas yang ibu suruh, ibu akan kembalikan buku cerita ini." Ini dipanggil consequences. Kita boleh buat tindakan mengikut kesesuaian ketika itu..bergantung kepada keadaan.


Itulah sedikit sebanyak tips yang mungkin boleh kita cuba. Tips yang nampak mudah untuk dijelmakan melalui tulisan tetapi sebenarnya tidak mudah untuk dipraktikkan. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan juga. Semuanya bergantung atas diri kita sendiri.


Point to ponder:
  1. Be firm
  2. Follow through
  3. Be consistent and don't give in




Share:

4 comments:

  1. Tips yang bagus untuk saya amalkan pada anak-anak...kes yang sama sering berlaku kalau tak tegas. Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. ..terima kasih puan atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blog Archive

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com