Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Nov 26, 2013

Usah biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain..


Sepasang suami isteri bersama-sama pergi ke sebuah butik pakaian yang menjual pakaian lelaki dan perempuan. Niat mereka untuk membeli baju kerana syarikat tempat mereka bekerja akan mengadakan majlis makan malam.


Entah kenapa hari itu, mood pelayan di butik tersebut tidak begitu baik. Wajah masam mencuka dan layanan yang diberikan kepada pasangan suami isteri tersebut tidak begitu mesra.


Si isteri merasa geram kerana dilayan begitu sementara si suami tetap berwajah manis dan tenang malah bersikap sopan kepada pelayan tersebut walaupun setelah dilayan dengan kasar.


“Saya geram betul dengan pelayan tu.. cakap kasar bukan main. Tapi abang ni relax aje. Dah tu boleh cakap baik-baik pulak dengan dia” sang isteri merungut.

“Pelayan tu tengah moody, kenapa pulak kita yang turut sama jadi moody.” kata si suami

“Tapi pelayan tu tak sopan langsung melayan kita”

“Itu masalah dia. Kalau dia bad mood, tidak sopan, kasar dan sebagainya..itu tiada kaitan dengan kita. Jika kita terpengaruh dan marah-marah dengan tingkah lakunya itu, bermakna kita membiarkan dia mengatur dan menentukan hidup kita padahal kita yang bertanggung jawab atas diri kita sendiri..” kata si suami.


Tindakan kita selalu dipengaruhi oleh tindakan orang lain. Jika orang lain memperlakukan keburukan kepada kita, kita pula membalas dengan tindakan yang sama begitu juga sebaliknya.


Kalau orang tidak sopan, kita balas dengan tidak sopan. Kalau orang marah-marah, kita balas dengan kemarahan. Kalau orang mengejek, kita balas dengan ejekan. Jika orang senyum, kita balas dengan senyuman. Jika orang bersopan dengan kita, baru kita pun akan bersopan dengan orang. Ini bererti tindakan kita dipengaruhi oleh tindakan orang lain.


Jika direnungkan, sebenarnya  tindakan kita itu tidak berapa cerdik. Kenapa untuk berbuat baik, kita harus menunggu orang lain berbuat baik  terlebih dahulu? Jagalah suasana hati kita sendiri. Jangan biarkan sikap buruk orang lain menentukan cara kita bertindak. Kita yang bertanggung jawab atas kehidupan kita, bukan orang lain. 


Jadilah kita…
orang yang tetap sejuk walaupun berada di tengah situasi yang panas,
orang yang tetap manis walaupun berada di tengah situasi yang pahit,
orang yang tetap tenang walaupun berada di tengah badai yang hebat.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.

Recent Posts

Blog Archive

Blogviews

Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com