Apa nak buat bila anak tak minat membaca? Masalah ini memang selalu dihadapi oleh
ibubapa. Puas disuruh secara lembut, dipaksa secara kasar pun tak jalan juga.
Pertama sekali, mari kita kaji dan teliti diri kita samada kita sendiri minat membaca atau
tidak. Sekiranya kita tidak minat membaca, maka mulai hari ini, ubah sikap kita dari
tidak suka membaca kepada suka membaca. Biar anak-anak tengok ayah dan ibu
membaca – pendidikan melalui contoh dan teladan. Kadang-kadang anak-anak(lebih2
lagi anak yang telah remaja) reluctant bila ayah atau ibu selalu menyuruh mereka
membaca dan lagi-lagi mereka tak suka bila ibu berleter.. sedangkan mereka sendiri tidak
nampak ibu atau ayah membaca. Tunjukkan yang kita betul-betul berminat membaca di
hadapan anak-anak bukan berpura-pura minat sebab anak-anak secara psikologinya boleh
rasa ibubapa berpura-pura.
Jadikan membaca bersama-sama keluarga sebagai rutin harian. Cari masa yang sesuai, di
mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini hindari
perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian anak seperti tutup tv, tutup computer,
simpan semua barang mainan dan lain-lain. Bagi anak-anak yang boleh membaca sendiri,
sediakan buku yang sesuai dengan tahap umurnya. Bagi anak-anak yang belum boleh
membaca, ibu atau ayah yang membaca untuk mereka. Selepas selesai membaca,
bincangkan dengan anak-anak tentang buku yang mereka baca. Dari perbincangan ini,
kita boleh mengesan samada mereka betul-betul membaca dan memahami apa yang telah
dibaca.
Pemilihan buku juga penting. Pilih buku yang sesuai mengikut tahap umur anak-anak.
Anak-anak yang masih kecil biasanya lebih gemar buku yang bergambar dan berwarna-
warni. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah.. pilih buku mengikut minat mereka.
Contohnya kalau anak minat kereta, maka berikan mereka buku-buku mengenai kereta.
Kalau anak minat sains, maka berikan buku-buku mengenai sains dan sebagainya.
Selalu bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka memilih buku yang sesuai dengan tahap
umur mereka. Anak-anak biasanya akan lebih seronok sekiranya ibubapa memberi
kelonggaran terhadap pemilihan buku, menggunakan duit mereka sendiri dan mereka
sendiri yang pergi membayar harga buku di kaunter, seolah-olah buku itu betul-betul
milik mereka, menjadikan mereka lebih berminat untuk membaca. Sekiranya ada
kelapangan, boleh juga bawa mereka ke perpustakaan awam.
Kalau anak-anak minat computer, bantu mereka melayari internat untuk mencari kelab
membaca di kalangan kanak-kanak. Dengan menjadikan mereka ahli kelab tersebut,
sekurang-kurangnya mereka boleh bertukar-tukar fikiran di kalangan rakan-rakan
sebaya.Walaubagaimanapun, ibubapa harus berwaspada bila anak-anak melayari internet.
Apa yang penting sekali ialah penglibatan ibubapa dalam memberi galakan dan
rangsangan secara positif dan berterusan. Jangan mudah putus asa bila sekali disuruh,
anak tak bergerak dan bersabar kerana pasti anak-anak kita akan membuat berbagai-bagai
kerenah apabila diajak membaca, perkara yang paling tak diminati sebelum ini.
Sebenarnya menanam minat membaca ini, perlu dimulakan ketika anak-anak masih kecil,
lebih mudah. Mulakan sebaik sahaja anak-anak dilahirkan ke dunia. Dedahkan anak-anak
kepada buku sejak awal-awal lagi. Membaca untuk mereka ketika mereka masih kecil
bukan sahaja merangsang mereka untuk minat membaca tetapi merangsang
perkembangan bahasa. Jika tidak dipupuk minat membaca ini dari kecil, memang agak payah untuk menjadikan mereka peminat buku dan pembaca ketika anak-anak sudah besar. Walau bagaimanapun jangan berputus asa, minat membaca masih boleh dipupuk asalkan kena gayanya.
0 comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kesudian anda membaca dan memberi komen di blog ini.